TRAVELOG: ROUND-ROUND KK

19 Februari 2019, ini adalah hari ke-12 aku dan sahabat perjuangan aku di Sabah untuk kajian Sosio Budaya dan Pendidikan. Hari ini jadual kami tidak terlalu padat.

Pada awal pagi, dalam lingkungan jam 8.30 pagi kami bergerak daripada Rumah Mimy ke Pejabat ABIM untuk Kunjungan Hormat. Kami menaiki van atau lebih dikenali sebagai Bas Mini. Harganya tidaklah terlalu mahal, harganya mengikut jarak kejauhan destinasi kita. Harganya yang paling rendah ialah RM2.00 sahaja. Kalau yang paling tinggi aku tak pasti. Sebelum kami nak naik bas tu, kami perlu berjalan kaki. Agak jauh juga perjalanannya itu. Jadinya, sambil-sambil penat berjalan tu kami semua dapat la juga melihat dan berjalan-jalan di bandar Kota Kinabalu.

Sampai sahaja di pejabat ABIM, kami disambut baik sekali oleh orang-orang mereka. Tetapi marjoriti daripadanya adalah SISMA. Aku terkejut juga, sebab muda-muda je aku tengok muka masing-masing. Tapi kita memang tak boleh menilai orang daripada muka saja. Sebab bila dengar je mereka berkata-kata, Fuhhhh memang terasa akan penuh ilmu di dada mereka. Lalu kujungan itu pun bermula, kami mulakan dengan sesi takruf sesama masing-masing. Rupanya, umur-umur kami pun tidak lah jauh sangat bezanya. Kemudian, kami lanjutkan dengan perbincangan perancangan akan datang. Niat kami adalah untuk berkoloborasi dengan mereka untuk membuat program pada masa akan datang nanti. Dan mereka pun bersetuju untuk itu.

Selepas selesai saja perbincangan, kami semua pun makan tengahari bersama. Makanan itu semua mereka sediakan. Memang sedap wehh bihun dia. Berkali-kali aku tambah. Tapi bukan aku je, sahabat-sahabat aku yang lain pun tambah sama. Selesai saja makan, kami buat data profiling dengan anggota SISMA dan ABIM. Kemudian kami pun pergi ke destinasi seterusnya.

Destinasi seterusnya ni, bermacam-macam tempat. Sebab kami nak cari Tasbih Digital. Buat pengetahuan semua, kami semua diwajibkan untuk berzikir sebanyak 100,000 dalam tempoh masa kami di sini. Iaitu 14 hari. Ini pun kami semua berjalan kaki juga untuk mencari tasbih tu. Bermacam-macam kedai kami masuk cuba tanya ada ke tak tasbih tu. Sambil berjalan tu, kami pusing-pusing la bandar Kota Kinabalu itu. Bak kata pepatah, while diving drinking too (sambil menyelam minum air). Banyak juga la tempat-tempat yang kami jalan di sana. Lalu kami pun jumpa lah tasbih tu dekat satu kedai macam jual Al-Quran, Sejadah, Buku-buku Keagamaan dan bermacam-macam lagi lah.

Selepas tu, kami gerak UMS pula. Tapi ini kami pergi Library dia sahaja. Sebab nak settlekan bermacam-macam data persediaan yang perlu kami siapkan sebelum balik ke semenanjung. Banyak juga kami nak kena buat. Contoh dia susunan data profiling, edit video, semakan belanjawan, dan banyak lagi. Kami di sana sehingga malam nak siapkan semua tu. Tapi kami tak sempat nak buat kesemuanya kerana terlalu banyak. Lalu kami pun pulanglah ke Rumah Mimy semula.


-Muhammad Hassan Hazim bin Mohd Nazmi-
-20 Februari 2019
-3.49 p.m.-
-Library UMS, Sabah-

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH