TRAVELOG : RINDU 7 BULAN TERLUNAS .

TRAVELOG : RINDU 7 BULAN TERLUNAS . 

Rindu . . rasa yang sudah tentu ada pada setiap manusia kerana ianya fitrah sama ada rindu pada kedua ibu bapa, keluarga, sahabat dan siapapun itu. Perasaan ini akan hadir bila tidak lama bersua muka. Rindu yang dirasakan kadang membuat semangat menjadi lemah, bahkan bisa mengalirkan air mata. Terkadang juga memberikan kesan terhadap kegiatan seharian, yang boleh menyebabkan semuanya serba serbi salah dan ada saja yang tidak kena. 
Rindu yang terbuku di hati setelah lebih kurang tujuh bulan terpisah akhirnya terlunas. Perasaan bercampur baur dan terasa bagaikan mimpi yang datang padaku. Betapa bersyukurnya diri ini ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya aku tiba di pangkuan insan yang sangat kurindui. Mak, dialah insan yang sangat ku rindui begitu juga bapa. 
Dengan penuh teruja aku turun dari kenderaan, menapakkan kaki menuju ke arah orang yang paling dirindui setelah tujuh bulan tidak bersemuka. Senyumannya terpancar di wajah melihat insan yang ditunggu-tunggu muncul di hadapannya. Air mata ingin jatuh bercucuran namun terhenti kerana kegembiraan dan keterujaan yang disimpan selama berbulan-bulan.
Foto 1.1 : Bersama ibu tercinta.


Hati ini hanya mampu menanggung rindu itu apabila terpaksa berjauhan dari mereka untuk tempoh yang agak lama. Insan mana yang tidak sedih bila berjumpa dengan seseorang yang melahirkan dan mendidiknya dari hanya seorang anak kecil sehinggalah meningkat dewasa. Namun, begitulah kehidupan di mana kita akan bertemu dengan yang namanya asam garam kehidupan. Bak kata Buya Hamka, hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata. 
Walau bagaimanapun, hakikat ini harus ku akui. Dengan berjauhannya seorang anak dengan orang tuanya, rindu itu sentiasa ada dan sentiasa hadir buat mereka. Kerna di sebalik semua ini ada hikmahnya yang telah diatur oleh Yang Maha Kuasa. Diri ini sebagai hamba hanya mampu menerimanya.

Foto 1.2 : Bersama rakan seperjuangan & ibu tercinta.


Disediakan oleh : MIMY MINARTI BINTI PANGERAN
Rumah Putra Harapan, Ranau, Sabah.
8 Februari 2019
11:19 pm




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH