TRAVELOG - PUTATAN & SEMBULAN

Selasa, 19/02/2019 : Hari ini lewat kami bangun, pukul 6.00 pagi baru tersedara dari buaian mimpi. Hari ini merupakan hari pertama Kunjungan Hormat dijalankan. Kunjungan Hormat hari ini ialah bersama ABIM & SISMA Sabah. Kunjungan Hormat ini dijalankan pada pukul 9.00 pagi, disbabkan kami terlewat bangun, aku maklumkan kepada Marwan yang merupakan Penolong Setiausaha SISMA Sabah akan kelewatan kami. Aku minta tangguhkan ke pukul 9.30 pagi. Kami bersiap-siap untuk pergi.

Hari ini juga pertama kali kami menaiki bas awam di Sabah, dengan berbekalkan alamat yang aku ada. Kami perlu ke Kg Pasir Putih Putatan, Kota Kinabalu. Kami perlu menaiki dua buah bas. Bas pertama dari rumah Mimy ke bandar KK. Bas yang kedua pula dari bandar KK ke Kg Pasir Putih Putatan. Turun sahaja di bandar KK kami perlu berjalankan kaki ke satu station bas untuk ke Putatan. Kira-kira 10 minit jugalah jalan kaki ke station bas tersebut. Jauh juga perjalanan kami, setibanya di sation bas kami terus ke alamat Kg Pasir Putih Putatan.

Pemandu bas terus ke alamat yang diberi tahu. Tetapi tempat yang diberhentikan lain dari tempat yang aku pernah pergi TURDA Sabah 5.0 yang lepas. Untuk lebih kepastian, aku dan ditemani oleh Mimy, turun untuk bertanya. Memang betul bukan tempat ni, dan alamat yang ada pada aku memang betul di sini tapi alamat tempat untuk Kunjungan Hormat tersebut alamat yang lain. Salah aku juga tak tanya dulu dengan Marwan untuk lebih kepastian, alamat yang aku dapat dari awal lagi sebelum tiba di Sabah.

Dengan bantuan kakak di situ, kami dapat alamat yang betul untuk tempat Kunjungan Hormat ABIM & SISMA Sabah. sekarang kami perlu bergerak ke Sembulan pula. Alhamdulillah pak cik pemandu bas tu sangat baik. Pemandu bas tersebut hantar kami ke Sembulan.


MASITAH MASIRUN
19/02/2019
Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH