TRAVELOG : PUSING-PUSING KOTA BAH!!
19/02/2019- Kak farhana, bangun ! Terpekik suara Amy lagi yang hari-hari kejutkan sya. Rumah Mimi ini selesa sangat smpai sya susah nak bangun. Disebabkan lewat bangun bilik air pun full. Terpaksa saya ke rumah nenek sebelah untuk mandi . Tetapi full juga. Jam dah pukul 7.30 am ,sya seorang je terpinga-pinga tidak mandi lagi . Yang lain semua dah bersiap. Akhirnya keluar je kak Mas dari bilik Air terus saya bergegas masuk.
Pagi ini Kami akan ke Bandar K.K untuk buat kunjungan hormat bersama pihak Sisma dan Abim. Apa yang unik dan seronok bagi saya ialah Kami Ke sana menaiki van yang berhenti-henti tu. Tambang dia murah je dalam Rm2 satu kepala. Tengok tempat jugalah. Naik dengan orang awam himpit2 agak tidak selesa lah bagi sya tapi pengalaman baru buat sya.
Sepanjang perjalanan sya menikmati betul Suasana tempat orang. Yang lain ada yang tidur sudah. Sya nak tengok suasana sepanjang ke Kota Kinabalu. Memang seronok. Lalu UMS , pastu bangunan2 Wisma yang tinggi, laut biru tambahan pula ada kapal Cruise yang besar dekat pelabuhan. Memang besar bahhhh...!!!
Jeng Jeng Jeng, akhirnya tiba juga di Bandar metropolitan Sabah iaitu Kota Kinabalu. Lebih kurang KL juga tapi Bandar KL lagi besar lah. Kami pun Turun di terminal van dekat tengah Bandar. Then jalan kaki untuk naik van ke patutan pula. Yang kelakarnya Kami salah jalan. Tempat Wisma sabah tu rupanya tidak jauh dari tempat Kami turun tu je. Tak pasal2 pergi Jauh dan patah balik. Maklumlah salah teknikal. Tpi seronok jalan2 Kat Bandar tu.
Akhirnya, tiba juga Kami di Wisma dan Abim Sabah punya pejabat. Kami buat sedikit perkongsian dan pengalaman serta mnyatakan pendanpat bagi pihak mereka untuk merangka program agar turda dari Unisel bergabung dengan Wisma Sabah. Mereka sangat open minded. Banyak pengetahuan yang mereka kongsikan. Masing-masing excited nk berkolabrasi untuk berprogram. InshaAllah jika dipermudahkan kita boleh proceed dengan apa yang dicadangkan.
Selepas kunjugan tersebut, Kami pergi ke Perpustakaaan UMS. SubhanaAllah besar dan cntik UMS ni. Tidak sabar nak tunggu esok untuk kunjungan ke sini. Hari ni Kami singgah sahaja di librarynya untuk siapakan laporan. Memandangkan UMS Punya library open untuk orang awam why not Kami lepak sini je sambil tengok Suasana di sini.
Hampir selesai travelog saya untuk hari ini. Alhamdulillah kalau ada yang suka dengan TRAVELOG sya boleh share2 dengan rakan atau sesiapapun. Semoga memberi manfaat Dan memberi inspirasi kepada anda dengan apa yang telah sya kongsikan. Ini pengalaman sya sepanjang di Sabah. Berbaki 4 hari lagi sebelum sya pulang ke semenanjung. Akan saya bawa kenangan dan habiskan masa yang ada dengan misi yang di amanahkan. Doakan Kami di Sni. Wassalam.
NURFARHANA NAJWA YUSRI l PERPUSTAKAAAN UMS l 17:36 pm l 19/02/2019

Comments
Post a Comment