TRAVELOG - POSTMOTERM DAN PENGHUJUNG BERSAMA ABIM RANAU
Isnin, 18/02/2019 : Riadah pagi tu, senanam yang ringan sahaja. Kebetulan kami ternampak budak-budak sekolah nak ke sekolah. Kebetulan sekolah dekat jer dengan Rumah Putera Harapan (RPH), Ranau, Sabah, kami pun bersepakat untuk meninjau bagaimana keadaan sekolah tersebut. Nama sekolah lupa pula nak tnya, nama sekolah puntak ada kat luar kawasan sekolah. Sambil melihat budak sekolah lalu, kami tegur untuk beramah mesra.
Lepas riadah, postmoterm yang tertangguh semalam diteruskan. Dosa Besar bagi kami kerana postmoterm yang sepatutnya dijalankan semalam tidak jadi. Kenapa boleh jadi macam ni, sebab kecuaian diri kami sendiri. Aku dan tiga kawan aku yang lain tertidur di masjid, waktu maghrib tu kami terus ke masjid sebab postmoterm akan dibuat di masjid. Tapi tak sangka yang kami boleh terlelap, azan Isya' pun tak dengar langsung. Yang selebihya pergi mendobi, tapi tak sangka diorang lama juga mendobi. Alhamdulillah, aku bersyukur yang Ustaz Sabri sudi memaafkan kami, dan memahami.
Postmoterm hari ini di hadiri oleh Ustaz Sabri, Khairul Fathin dan Abang Syafiq dari pihak ABIM Ranau serta team TURDA Sabah 6.0. Postmoterm yang dijalankan adalah perbincangan projek susulan atas cadangan Ustaz Sabri untuk dijalankan tiga kali setahun.
Perbincangan dijalankan
Dan hari ini adalah hari terakhir kami di RPH, pukul 9.00 pagi kami akan gerak ke KK iaitu rumah Mimy. Ustaz Sabri tidak dapat untuk menunggu kami sehingga pukul 9.00 pagi. Ustaz Sabri terpaksa pergi dahulu kerana ada urusan, Ustaz Sabri seorang yang sangat busy tapi masih dapat bersama kami dalam beberapa program. Ustaz Sabri kirimkan salam kepada team TURDA Sabah 6.0 yang lain dan minta maaf tidak dapat temankan sehingga akhir. Ustaz Sabri sampaikan kat aku sebab kebetulan aku sendiri sahaja di luar, yang lain sedang bersiap dan berkemas dan macam biasa aku orang yang terakhir yang sarapan. Pemergian kami ditemani oleh Warden RPH, Khairul Fathin dan Abang Syafiq dan kanak-kanak RPH.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, itulah lumrah kehidupan. Aku bersyukur kerana penerimaan kami sebelum, semasa dan selepas sangat baik daripada semua pihak. Diharap kerjasama dan hubungan yang dijalinkan dapat diteruskan sehingga akhirnya.
MASITAH MASIRUN
18/02/2019
Rumah Putera Harapan (RPH), Ranau, Sabah
Comments
Post a Comment