TRAVELOG: PERTAMA HARIKU

Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh.

       Pada pukul 2.20am, kami sampai di KLIA2 Airport. Sampai sahaja di airport, kami semua duduk menunggu di ruang menunggu di dalam airport sementara menunggu GATE flight kami Buka. Selepas GATE Buka, kami semua terus masuk dan check in dan menunggu di dalam.

       Dalam pukul 5.50am kami semua naik masuk ke dalam kapal terbang. Masuk saja dalam kapal terbang, kami letakkan barang2 kami diruangan yang disediakan dan terus duduk di seat yang dituliskan dalam tiket.

       Sampai sahaja di Airport Kota Kinabalu, kami terus ambik barang-barang kami dan terus keluar ke ruangan luar airport. Memandangkan transport kami sudah sampai dan menunggu kami di ruangan menunggu, sebaik saja kami keluar kami terus masukkan barang ke dalam van dan masuk ke dalam van. Kemudian kami bergerak ke Yayasan Sabah untuk mengambil gambar. Selepas selesai bergambar kami bergerak ke rumah Mimy.

       Di rumah Mimy, kami disambut dengan meriah oleh keluarganya. Makanan yang dihidangkan amatlah sedap dan lebih dari mencukupi untuk kami. Neneknya juga sangat sporting melayan kami semua sehingga dijemput untuk kerumahnya dan menjamu kami dengan makanan yang menarik. Selesai saja, kami terus keluar membeli barang2 keperluan untuk diri kami dan barangan2 untuk aktiviti yang bakal kami jalankan.

       Selepas membeli barang kami pulang semula ke rumah Mimy untuk saya dan Mus solat Jumaat di surau berdekatan rumahnya. Selepas itu baru lah kami bergerak ke Ranau.

       Dalam perjalanan ke Ranau, kami perlu lalu Kundasang dulu. Jadi, dia sana kami dapat melihat pelbagai2 hijauan yang sangat menarik dan kami juga singgah di pasar2 di kawasan situ untuk membeli sayur-sayuran untuk dijadikan lauk kami makan nanti. Kemudian kami bergerak terus ke RPH(Rumah Putera Harapan).

       Sampai di RPH, kami disambut oleh adik2 yang sangat riang. Kami bersalam salaman dulu dengan mereka, selepas itu baru lah kami angkat barang2 kami kesemuanya.

       Selepas solat Maghrib, kami membaca Al- Ma'thurat. Kemudian barulah kami makan malam. Selepas makan malam, kami berkumpul dan berbincang tentang aktiviti2 yang akan kami buat pada keesokan harinya. Dan akhir sekali kami buat PostMoterm seperti biasa iaitu nyatakan Zikir, Kesan dan Pesan.


-Muhammad Hassan Hazim Bin Mohd Nazmi-
-8 Februari 2019-
-10:52 p.m.-
-RPH(Rumah Putera Harapan)-

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH