TRAVELOG - PERMULAAN DAKWAH
Ahad, 17/02/2019 : Hari terakhir kami di Pusat Bimbingan Islam - Islamic Outreach ABIM (IOA) . Hari ini lambat aku turun sarapan, aku ang yang terakhir. Sarapan pagi ini cucur goreng atau cekodok goreng.
Kebetulan Ustaz Rafi dan Abang Syafiq tidak sarapan lagi, mereka join aku sekali. Sambil sarapan tu kami bersembang. Aku tak sangka pula boleh sembang, kira ssembang yang terakhir. Sembang yang kami buat bukan sembang yang sia-sia dan kosong semata-mata.
Ustaz rafi atau nama sebenar Azrafi bin Suhaiman yang merupakan Tenaga Pengajar Pusat Bimbingan Islam - Islamic Outreach ABIM (IOA). Ustaz Ustaz Rafi cerita kalau dakwah pakaian ini perlu juga dilakukan di Sabah. Sabah adalah negeri yang bebas, maksudnya Sabah open, boleh buat apa-apa sahaja sesuka hati. Sabah ada sebuah pantai yang dimana para pelancong bebas berpakaian pantai, biasalah pakaian yang dipakai apabila di pantai. Sabah merupakan sebuah pusat tarikan pelancongan yang terbesar di Malaysia. Kenapa aku cakap Sabah ini bebas, sebab kat Sabah kau buat apa-apa pun, gantung apa-apa pun, diaorang tak kesah pun, tiada apa-apa halangan daripada mana-mana pihak.
Ustaz Rafi bagi tau salah satu cara permulaan dakwah yang boleh dijalankan adalah dakwah dari segi pakaian. Berdakwah dengan pakaian yang dilakukan adalah berjalan di pantai dengan berpakaian lengkap menutupi aurat. Pada permulaan, akan nampak pelik kepada pakaian yang dipakai oleh individu tersebut dengan berpakaian lengkap sambil berjalan di tepi pantai. Tapi dari situ dakwah dah tersebar.
Dakwah banyak cara yang boleh dilakukan, iaitu secara terang-terangan atau pun tersembunyi. Dari apa yang ustaz ceritakan, dakwah yang dijalankan adalah secara tersembunyi. Mungkin tanpa kita tidak sedar, ada jumlah yang sedikit terkesan daripada dakwah yang dijalankan. Dakwah pakaian ini telah menyampaikan mesej kepada si penerima, walaupun hanya dengan si penerima melihat dengan pandangan tapi mesej yang ingin disampaikan telah diterima.
MASITAH MASIRUN
17/02/2019
Pusat Bimbingan Islam - Islamic Outreach ABIM (IOA), Ranau, Sabah
Comments
Post a Comment