TRAVELOG : PENGALAMAN
Pada 10 Februari 2019, kami mula kan hari kami seperti biasa iaitu Solat Subuh dan kemudiannya bacaan Al-Mathurat. Selepas bacaan Al-Mathurat, kami semua segerakan diri untuk bersenam supaya kami menjadi lebih cerdas pagi-pagi itu. Selepas itu, kami bersiapkan diri untuk pergi ke Kampung Sedul untuk membuat perbincangan bersama pihak kampung untuk membuat program di kampung mereka.
Selepas kami sudah siapkan diri, kami mendapat tahu bahawa kami akan pergi kampung itu menaiki 4x4 kerana jalan untuk masuk ke dalam kampung itu agak kurang baik. Kemudian, kami semua pun menaiki 4x4 itu. Tetapi kami berbahagi kerana lebih orang untuk naik 4x4 itu. Iaitu 3 orang lelaki (seorang darinya pihak ABIM) duduk di bahagian belakang, manakala 1 orang lelaki (pemandu) dan 4 orang perempuan duduk di hadapan. Selepas itu baru lah kami mulakan perjalanan kami.
Selepas menyeberang sungai, kami pun sampai ke destinasi iaitu Surau Kampung Sedul. Di sana, Kami disambut oleh pengurusi surau iaitu Tuan Yurat Sariman dan jumpa penduduk kampung itu yang lain. Kami masuk kedalam surau dan buat perbincangan. Selesai sahaja perbincangan, kami semua buat data profiling bersama penduduk dan beramah mesra sebelum kami pulang. Selepas itu barulah kami pulang. Kami lalu jalan yang sama dan alhamdulillah tiada yang tidak diingini berlaku.
Sampai sahaja di tempat penginapan, memandangkan waktu untuk solat zuhur juga sudah hampir kami mengambil wudhuk dah bersedia di dalam surau untuk solat zuhur. Selepas solat zuhur, kami semua makan pula. Kami tidak makan bersendirian, malahan makan bersama wira ABIM.
-Muhammad Hassan Hazim Bin Mohd Nazmi-
-10 Februari 2019-
-11: 34 p.m.-
- ABIM, Ranau, Sabah-




Comments
Post a Comment