TRAVELOG: PENAT

Ini adalah hari yang sangat memenatkan untuk aku. Hari ni aku penat kerana ini adalah hari yang kami tentukan untuk berpuasa. Berpuasa sambil mengajar merupakan sesuatu yang agak susah dan mencabar bagi seorang tenaga pengajar.

Yang pergi ke kampung Sedul hari ini adalah seramai 5 orang. Iaitu Kak Mas, Nadhirah, Mimy, Yasmin & saya sendiri. Kami mengajar jawi kepada mereka hari ni. Ramai diantara mereka sudah ada asas-asas dalam jawi itu. Tetapi tidak terlalu mahir. Marjoriti yang mahir adalah pelajar perempuan.

Pelajar lelaki pula agak ketinggalan sedikit berbanding dengan pelajar perempuan. Sesi pelajaran itu diketuai oleh Nadhirah Hamdan. Kerana dia lebih mahir dan arif tentang jawi-jawi ni. Tetapi, kami sangat terkesan dengan semangat Nadhirah apabila mengajar tu. Walaupun dia sedang berpuasa, dia tetap bersemangat mengajar pelajar-pelajar cilik itu. Kalau nak dibandingkan dia dengan kami semua, kami semua macam dah terlalu tak larat nak mengajar kerana kepenatan. Nak handle budak-budak yang hyper bukan senang, kena pula kalau budak-budak yang lelaki. Memang sangat memenatkan.

Tetapi, alhamdulillah kami semua dapat berpuasa dengan jaya nya hari itu.

-Muhammad Hassan Hazim bin Mohd Nazmi-
-15 Februari 2019-
-10.50 p.m.-
-ABIM, Ranau, Sabah-

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH