Travelog: Penat tapi puas bha!
Kunjungan hormat ABIM dan SISMA
"Bangun! Bangun! Dah lambat ni korang!!" Kak Mimy Minarti memekik. Aku dengan mamai nya bangun dari tidur dan terus mencapai tuala untuk bersiap siap. Hari ini kami akan ke Pusat ABIM untuk Kunjungan Hormat. Cadangnya kami akan ke sana menaiki bas awam pada jam 8 pagi, tetapi masing masing bangun lambat apakan daya...
Sejurus aku bersiap aku terus ke dapur kerana perutku mulai bernyanyi. "Jauh terbawa lukisan hati mu" nyanyi perut ku. Lalu, aku pun makanlah apa-apa yang ada masa itu. Selesai makan, aku pun pergi ke tempat masak maknya Kak Mimy. Setelah semua sudah terkumpul, kami pun mulakan lah perjalanan kami untuk ke Pusat ABIM.
Sepanjang perjalanan aku dipenuhi dengan zikir. Ini kerana telah diperintahkan aku sebagai hamba-Nya untuk menunaikannya. Perjalanan aku dan sahabat ku masih lagi jauh. Jauhnya beranggaran 4 ke 5 km juga perjalanan kami berjalan kaki. Bas demi bas aku dan sahabat ku menaiki. Bermacam-macam jalan kami melipasi.
Sampai sahaja aku di Pusat ABIM, aku dan yang lain disambut baik oleh pihak SISMA dan ABIM. Kami mulakan kunjungan kami dengan takruf setiap orang. Seorang demi seorang perkenalkan diri. Lalu, disambung dengan perbincangan dan perancangan diantara kami.
Selepas tamat perbincangan kami, kami dihidangkan bihun goreng. Walaupun sebelum ke Pusat ABIM kami sudah sarapan, perut masih meminta untuk diisi. Masing masing seperti masih kelaparan walaupun sudah sarapan.
Disediakan oleh
Aimi Nadhirah bt Norhisham
19 Februari 2019

Comments
Post a Comment