TRAVELOG - PENANTIAN DI PEKAN RANAU
Isnin, 11/02/2019 : Selepas selesai sahaja, aku settlekan surat Permohonan Menjalankan Khidmat Pendidikan ke Jabatan Agama Islam Sabah (JAIS). Baru nak buat, sebab baru tau kena buat. Alhamdulillah, siap juga pagi tu, asalnya malam semalam aku dah buka laptop nak settlekan surat Permohonan Menjalankan Khidmat Pendidikan ke JAIS. Tapi biasalah kalau dah letak kepala kat bantal, terus tidurlah jadinya. Lepas siap surat tu pada pukul 7.16 pagi aku terus cepat-cepat mandi dan bersiap sebab Khairul Fathin bagi tau kat aku masa riadah tu nak terus gerak pukul 7.41 pagi ke JAIS, Pekan Ranau.
MASITAH MASIRUN
11/02/2019
Pusat Bimbingan Islam - Islamic Outreach ABIM (IOA), Ranau, Sabah
Aku ajak Mimy sekali join aku, mula-mula aku ajak Mus, tapi bila fikir-fikir atas cadangan seseorang sahabat minta ajak Mimy, sebab Mimy boleh jadi translater aku, aku kadang-kadang x berapa faham sangat dengan slang Melayu Sabah dan satu lagi sebab aku seorang jer perempuan kalau ajak Mus. Jadi kesimpulannya Mimy ikut aku sekali ke Pekan Ranau untuk pergi JAIS.
Kami pergi menaiki Jip, dan Jip ni kalau nak digerakkan kena tolak. Khairul Fathin, Ustaz Azrafi dan Mus tolak bersama-sama untuk hidupkan engine Jip dan berjaya dihidupkan bagi kali kedualah. Jip ada masalah starter tu yang diaorang kena tolak.
Seramai 4 orang pergi bersama iaitu aku sendiri, Mimy, Khairul Fathin dan Abang Syafiq. Kami terus gerak ke Pejabat Daerah Ranau. Sepanjang perjalanan zikir jer tak henti-henti sebab zikir aku sekarang ni sangat sikit tu yang aku perlu kejarkan. Untuk misi ini kami ada target untuk 100,000 zikir dalam masa 15 hari, kiranya satu hari 7000 zikir mesti dibuat.
Selepas 20 minit jugalah sampai ke Pejabat Daerah Ranau. Sebelum jumpa pihak JAIS, Mimy dan Khairul Fathin temankan aku print surat Permohonan Menjalankan Khidmat Pendidikan di Pekan Ranau berdekatan dengan Pejabat Daerah Ranau. Siap sahaja urusan memprint kami terus berjumpa dengan Ustaz di pejabat JAIS tu (lupa nak minta data profiling) untuk urusan permohonan kami mengajar Fardhu Ain' di kawasan perkampungan. Pada mulanya urusan seperti ada masalah, tetapi Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan kami dapat masuk ke Kg Sedul dan Kg Muruk untuk mengajar agama. Rezeki kami murah pada hari ni. Tau tak kenapa kami perlu berurusan dengan pihak JAIS?Kami perlu membuat permohonan dan melaporkan berkenaan aktiviti kami di kawasan perkampungan kepada pihak JAIS, sebab sebelum ni ada isu berkenaan ada pihak (ustaz tersebut tak nak buka aib orang tersebut) masuk ke kawasan kampung dan mengajar ajaran Syiah dan apa yang disampaikan adalah suami isteri apabila bersentuhan wuduq tidak batal. Bahaya sungguh orang yang macam ni memang betul-betul kena selidik bila ada pihak yang nak mengajar agama di kawasan perkampungan.
Selesai sahaja urusan kami di pejabat JAIS, aku dan Mimy minta untuk ke Pekan Ranau sekejap untuk beli barang. Kebetulan Khairul Fathin ada hal sekejap tu yang kami beranikan diri untuk minta kebenaran. Lama jugalah kami pergi ke pekan, lama-lama pun barang yang dicari tak jumpa. Dah terasa lama sangat kat pekan ni kami balik semula ke Pejabat Daerah Ranau tempat Jip diparkingkan. Rasa bersalah jugalah biarkan diaorang tunggu lama-lama. Sampai sahaja kami di Pejabat Daerah Ranau kelibat Jip dan manusia yang dicari tidak jumpa, bila aku check phone aku, rupanya Khairul Fathin ada call aku 20 minit yang lalu. Bila kami call semula rupanya Khairul Fathin dan Abang Syafiq dah pergi bengkel kereta untuk baiki Jip yang ada masalah starter. Si Khairul ni suruh kami pergi lepak mana-mana dulu, kedai makan dahulu ke, sebab takut diorang lambat.
Bila dah ditinggalkan, kami pergi balik ke pekan semula untuk cari barang yang tak jumpa. Kali kedua round-round tak jumpa juga, aku dan Mimy berehat sekejap kat kerusi batu dekat tepi jalan sebab keletihan jalan kesana sini. Bukan sekejap pun tapi lama jugalah kami lepak kat situ, sepanjang 1 jam duduk di kerusi batu tu aku teruskan semula zikir aku yang tergendala tadi. Kebetulan semasa kami duduk di kerusi batu tu, kat seberang jalan ada tarian singa sedang dimainkan di kedai lot tersebut sebab masih bahang Tahun Baru Cina lagikan. Kadang terleka juga tengok tarian singa tu, bila dah tersedar dari leka mula zikir semula. Bukan cabaran terleka sahaja, rasa mengantuk pun ada, kadang-kadang terlelap sekejap tapi gagahkan diri juga supaya tidak tertidur untuk meneruskan misi zikir.
Bila kami dah penat sangat menunggu kata kerusi batu, dan penat sebab tak boleh sandar. Jadi kami bercadang untuk tunggu diorang di Pejabat Daerah Ranau, kebetulan tadi lalu kat situ ada kerusi yang boleh sandarkan badan. Masih menunggu juga 1 jam disitu, dan apa lagi zikir jerlah sepanjang menunggu Khairul Fathin dan Abang Syafiq.
Walaupun satu penantian itu perit, tapi ada juga hikmahnya kenapa kami laluinya. Daripada penantian ini apa yang aku dapat adalah zikir aku dapt dilaksanakan dengan baik, selepas tu jangan buat orang tertunggu-tunggu. Kau buat orang tertunggu-tunggu dua kali ganda yang kau akan terima.
11/02/2019
Pusat Bimbingan Islam - Islamic Outreach ABIM (IOA), Ranau, Sabah
Comments
Post a Comment