Travelog : Orang Lama Masih Berbisa
Sesi pembelajaran bersama penduduk kampung
Hari demi hari, detik demi detik, dari malam bertukar siang mengikut putaran norma bumi, pejam celik pejam celik, hari ini adalah hari ke lima aku berada di Sabah dan hari ini juga lah merupakan hari pertama aku memasuki kampung Muruk untuk melaksanakan objektif misi aku iaitu misi pendidikan di kawasan yang kurang sumber tenaga pengajar.
Pada mulanya semasa kedatangan kami, suasana di kampung tersebut seperti tiada sambutan. Namun, setelah beberapa minit kemudian, terdapat seorang warga emas bersama cucunya telah datang untuk menghadiri sesi pengajaran kami pada petang tu yang bermula pada pukul 4 sehingga pukul 8 malam. Tidak lama kemudian, beberapa orang lagi pelajar yang boleh di kelasifikasikan sebagai golongan kanak-kanak telah datang untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari pertama ini.
Sesi pembelajaran telah dimulakan dengan ramah mesra kemudian kelas fardhu ain dan mengaji sehingga solat isyak. Kami telah solat berjemaah bersama-sama pada waktu maghrib dan isyak bersama-sama pelajar yang hadir. Aku berasa kagum dengan kegigihan seorang warga emas untuk datang ke kelas yang dilakukan. Hanya satu-satu orang yang telah lanjut usia yang masih mempunyai semangat untuk menimba ilmu di peringkat umur yang begitu.
Warga emas yang melibatkan diri di kampung Muruk
Walaupun masih merangkak-rangkak untuk mengeja, semangatnya seperti api yang sedang membakar menyala-nyala, tiada kata keluhan yang diluahkan, tiada rungutan yang di dengari malah bertahan sehingga tamat sesi pembelajaran waktu petang. Sukar mahu dilihat umur selanjut itu kebiasaannya ingin menambah ilmu di dada. Kegigihannya membuatkan saya terinspirasi bahawa seakan beliau memegang prinsip . Kata-kata yang telah aku selalu dengari iaitu di mana nabi pernah berkata 'Timbalah ilmu sehingga ke tembok Cina'. Ini bermaksud kita semua digalakkan untuk menimba ilmu setinggi yang boleh.
Akhir sekali, aku bersama-sama dengan rakan-rakan ku yang lain akhirnya berjaya melaksanakan misi di hari pertamaku. Bersyukur kepada ilahi kerana dengan izinnya kami dapat melakukan hari pertama kami seperti yang di rancang dan berharap dapat melakukan yang lebih baik pada hari esok. Seperti kata guru saya ' Hari ini adalah perjuangan, esok adalah pengharapan dan lusa adalah kemenangan'.
Nazifah Nazri
11 Feb 2019
Pusat ABIM, RANAU


Comments
Post a Comment