Travelog : Ohhh Kampung Sedul
Perjumpaan bersama penduduk kampung Sedul
Di pagi yang hening itu sebaik sahaja sarapan pagi disediakan, aku dan rakan-rakan ku menjamah makanan sebagai alas perut sebelum kami memulakan aktiviti pada pagi itu. Kemudian, mengikut daripada perancangan mesyuarat yang dilakukan semalam, kami akan ke kampung Sedul dan kampung Muruk bagi meninjau penduduk-penduduk di sekitar situ.
Pada pukul 9:15 kami telah berangkat untuk masuk ke kampung tersebut iaitu kamping Sedul di sebelah pagi manakala kampung Muruk di sebelah petang. Suasana yang penuh menghijau di sepanjang jalan telah menenangkan hati pada sesiapa sahaja yang melihatnya ditambah pula perjalanan kami yang mengambil masa dalam 15 minit yang telah melalui jalan bukit-bukit, selekoh dan jalan rosak telah menyebabkan perjalanan kami agak mencabar.
Merentasi Sungai menggunakan kereta pacuan 4 roda untuk ke kampung Sedul
Agenda aktiviti kami pada hari ini adalah untuk mengenalpasti purata, pola dan bentuk kehidupan yang bakal misi kami jalankan pada hari esok selama 6 hari berturut-turut. Alhamdulillah, kedatangan kami di terima dengan sangat baik oleh pihak orang kampung. Setibanya kami di sana, orang kampung di minta meluangkan sedikit masa untuk melakukan sesi perkenalan dan pencerahan untuk aktiviti pada hari esok. Bersyukur kepada ilahi kerana selepas mereka di beri penerangan yang sepatutnya, mereka turut menyokong kami untuk melakukan program bersama mereka.
Suasana di sana agak harmoni sekali, namun kelihatan agak naif dengan kehidupan mereka. Ini kerana walaupun rumah di kampung berbentuk sebuah tetapi semangat kejiranan itu dapat dilihat diantara mereka. Pada sesiapa yang datang ke kampung tersebut pasti akan berasa tenang dan damai dengan keadaan semula jadinya.
Aku gembira dengan respon positif mereka terhadap kedatangan kami, walaupun baru pertama kali tiba di kampung tersebut. Tambahan pula, mereka sangat berminat untuk mempelajari ilmu agama ,memperbetulkan mana yang silap dan sebagainya. Ini kerana tempat mereka yang kurang kecanggihan dan sumber sehingga menyebabkan mereka tidak boleh menuntut ilmu secara berterusan. Kami akan sedaya upaya untuk membantu golongan-golongan yang kurang bernasib baik ini dengan sehabis boleh dan semoga niat murni kami ini dipermudahkan
Nazifah Binti Nazri
10 Februari 2019
10:51p.m
Pusat Abim Ranau

Comments
Post a Comment