TRAVELOG : NIKMAT TUHAN-MU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN ?
TRAVELOG : NIKMAT TUHAN-MU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN ?
Dengan udara yang begitu nyaman, bersama rakan seperjuangan melakukan riadah di pagi hari. Alhamdulillah, suasana pagi yang indah dan dingin diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Sebagai hamba Allah, kita perlu menghargai apa yang telah dianugerahkan olehNya. Selagi dikurniakan kesihatan yang baik, jagalah kesihatan diri dengan baik. Kerna sakit itu tidak memilih umur mahu usia muda ataupun tua. Senaman amat penting dalam penjagaan kesihatan.
Disediakan oleh : Mimy Minarti binti Pangeran
9 Februari 2019 (10.40pm)
Pusat Bimbingan Islam (IOA)
Ranau, Sabah.
فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan ?"
( Ar-Rahman : Ayat 13 )
Kalimat ini diulang-ulang sebanyak 21x dalam surah Ar-Rahman. Manusia sering 'mendustakan' nikmat Allah. Terlalu banyak nikmat Allah SWT yang dikurniakan kepada kita. Namun diri ini sering lalai dan alpa dalam mensyukurinya.
Melihat keindahan alam semula jadi membuatkan aku begitu tersentuh dan bersyukur dengan kebesaran Allah. Betapa besarnya nikmat yang telah dikurniakanNya namun aku tidak begitu menghargainya. Pemandangan tumbuhan hijau yang sungguh indah disertai dengan awan yang menyeliputi gunung tertinggi di Asia, Gunung Kinabalu.
Senaman dapat menguatkan tulang belakang dan otot perut, memperbaiki postur atau posisi tubuh dan sekaligus dapat mencegah sakit belakang. Senaman juga dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Kini, Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan kadar obesiti yang tinggi.
Senaman yang berterusan dapat membantu mengawal masalah berat badan pada masa yang sama mengamalkan diet seimbang. Hal ini perlu diatasi kerana obesiti boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan batu karang. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jangan sampai sudah terhantuk baru terngadah. Syukurilah dan hargailah nikmat yang telah Allah kurniakan. Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan ?
| Foto 1.1 : Riadah selepas subuh. |
9 Februari 2019 (10.40pm)
Pusat Bimbingan Islam (IOA)
Ranau, Sabah.
Comments
Post a Comment