TRAVELOG : NENEK STRUGGLE
11/02/19 - Kami berpecah kepada 2 kumpulan utk bergerak ke 2 buah kg iaitu Kg Sedul dan Muruk. Tepat jam 3 saya dan team kg Muruk terlebih dahulu bergerak ke destinasi. Maklumlah kenderaan kami x berapa nak cukup so terpaksa hntr satu2 kumpulan dahulu.
Tiba di sana iaitu di surau Kg Muruk, kami masuk dan berbincang sebentar sambil menunggu kedatangan penduduk kg yg muslim utk belajar bersama kami. Saya berasa sikit bosan kerana sya ni jenis yang x suka duduk diam. Jadi sya buat keputusan untuk menyapu surau tersebut. ALANG-ALANG dah nampak penyapu.
Kemudian, beberapa minit kemudian tiba seorang nenek tua bersama cucunya ke mari.Kami menyambut kedatangan mereka dengan senyuman dan sapaan serta salam. Nenek tersebut senyum sahaja. Aku dan rakan menjemputnya masuk ke dalam surau.
Aku mendekati nenek tersebut sambil pelan-pelan memulakan pembelajaran bersamanya. Rakan yang lain sibuk dengan anak2 yg lain so aku yg bertanggungjawab memberi tunjuk ajar utk nenek. Aku bertanya beberapa soalan mengenai fardhu ain. Kelihatan nenek seorang yang suka belajar. Walaupun pendengarannya agk kurang tapi beliau STRUGGLE untuk belajar.
Aku mulakan dengan pembelajaran pertama iaitu rukun Islam dan Iman. Aku berusaha membuat nenek faham dan ingat akan rukun tersebut. Apa yang saya terharu dan respect kat nenek ni, beliau tidak mengeluh atau cakap penat ke, susah ke, tidak ada pun. Sebab bgi sya lama jugak sya mengajar nya tanpa rehat. Bila terasa lama tu, aku bekalkan air masak dan menyuruh dia berehat sebentar.
Nenek patuh apa yang saya ajar. Ikut cara sya ambil wuduk . Sangat struggle. SEmoga nenek dipermudahkan urusan untuk menerima pembelajaran kita hari ni. SEmoga Allah memberkati dan merahmati nenek. Esok kita jmpa ya InshAllah..
Gambar nenek Jalita bersama salah seorang aktivis sukarelawan
Nurfarhana Najwa binti Yusri l 11/02/19 l Pusat Abim Ranau l 23:33 pm

Comments
Post a Comment