TRAVELOG - MEETING PERTAMA BERSAMA ABIM RANAU

Jumaat, 08 Februari 2019 :  Selepas selesai sahaja solat Isya' berjemaah, team TURDA Sabah 6.0 dan 2 orang wakil ABIM Ranau iaitu Saudara Muhammad Khairul Fathin Akmal bin Wainsing yang merupakan Penolong Setiausaha ABIM Ranau serta Saudara Mohd Nursyafiq bin Rosimin yang merupakan Exco Kebudayaan, Kesenian dan Sukan mengadakan meeting pertama di Rumah Putera Harapan (RPH), Ranau. Perbincangan dimulakan dengan Umul Kitab Al-Fatihah, perbincangan ini diadakan untuk membincang mengenai info Kg Luanti, Kg Sedul dan Kg Muruk yang dimana aktiviti Khidmat Pendidikan yang akan dijalankan. Sesi perkenalan dilakukan dahulu untuk lebih mengenali antara satu sama lain dengan dimulakan oleh dua orang wakil ABIM Ranau dan di akhiri oleh team TURDA Sabah 6.0.

Jarak diantara RPH dan Kg Luanti adalah 15 km (20 minit). Tiga buah kampung yang akan kami jejaki iaitu Kg Luanti, Kg Sedul dan Kg Muruk. Kg Luanti, Ranau adalah tempat yang akan kami menginap iaitu di Asrama Pusat Bimbingan Islam - Islamic Outreach ABIM (IOA), Ranau, Sabah sepanjang Khidmat Pendidikan dijalankan iaitu selama seminggu. Manakala Kg Sedul dan Kg Muruk akan kami jalankan Khidmat Pendidikan.

Daripada perkongsian Saudara Khairul Fathin, pelbagai cabaran yang mereka hadapi untuk menguruskan kemasukan team TURDA Sabah 6.0 ke kampun. Antara cabaran yang dihadapi di Kg Muruk adalah ketika mencari pengerusi surau . Pengerusi Surau Kg Muruk ni tidak menetu kerana bertukar. Tetapi rezeki bagi Saudara Khairul Fathin dan team TURDA Sabah 6.0, pengerusi surau dapat dijumpai.

Satu lagi perkongsian daripada Saudara Khairul Fathin mengenai Kg Sedul pula, penduduk Kg sedul bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar untuk mengalu-alukan kehadiran team TURDA Sabah 6.0. Saudara Khairul Fathin serta team ABIM Ranau turut serta bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar bersama penduduk. Team TURDA Sabah 6.0 sangat terharu kerana penduduk Kg Sedul sangat mengalu-alukan kehadiran kami.

Daripada perbincangan yang dibuat, team TURDA Sabah 6.0 akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan akan masuk ke Kg Muruk, manakala satu lagi kumpulan akan masuk ke Kg Sedul. Pembahagian kumpulan dilakukan disebabkan jarak yamg jauh di antar Kg Luanti dengan Kg Muruk dan Kg Sedul. Sesi persoalan dibuka kepada kami bagi sebarang pertanyaan mengenai Kg Luanti, Kg Muruk dan Kg Sedul. Dengan pembukaan sesi persoalna maka berakhirlah meeting pada malam perbincangan itu dengan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Ikhlas.



MASITAH MASIRUN
08/02/2019
Rumah Putera Harapan (RPH), Ranau, Sabah

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH