TRAVELOG - MEETING KEDUA BERSAMA ABIM RANAU
Sabtu, 09/02/2019 : Solat Isya' berjemaah sedang didirikan di masjid. Bismillahhirahmannirahim, Alhamdulillah hirabbil alamin. Surah Al-Fatihah sedang dibacakan, pup (lampu mati).
Meeting kedua kali ini dibuat di Pusat Bimbingan Islam -Islamic Outreach ABIM (IOA), Kg Luanti, Ranau, Sabah. Meeting kedua amat istimewa, apa yang istimewanya ialah pada kali kedua meeting lampu kawasan Kg Luanti terpadam semua, 'Black out' telah terjadi. Kami meeting dalam keadaan pencahayaan daripada lampu generator yang kecil bagi menerangi kawasan bilik meeting atau dikenali dikenali sebagai Dewan Belajar PBI. 'Black out' berlaku semasa kami semua solat Isya' berjemaah di masjid; masjid bersebelahan dengan tempat meeting sahaja, tapi sebenarnya rezeki kami kerana dapat solat dalam keadaan gelap gelita. Muhasabah diri juga sebab kita terasa bagaimana orang yang tidak pernah melihat dunia solat, kami solat seperti seorang yang buta. Rezeki kami juga dapat melihat bintang-bintang di langit, bersinar dengan cantik, betapa indahnya ciptaan-Nya.
Meeting kali ini dihadiri oleh Ustaz Sabri atau nama sebenar ialah Muhammad Sabri bin Abdullah serta orang kuat Kg Luanti En Ibrahim bin Abdullah. Kedua-dua insan mempunyai nama ayah yang sama tapi bukanlah adik-beradik. Ustaz Sabri merupakan YDP ABIM Ranau dan merupakan pengetua Rimah Putera Harapan (RPH), Ranau, Sabah.
Meeting dimulakan dengan bacaan Umul Kitab Al-Fatihah serta sesi perkenalan dijalankan. Diatas perbincangan yang dilakukan, esok (Ahad, 10/02/209) akan diadakan meeting bersama penduduk kampung. Bagi Kg Sedul akan dijalankan pada pukul 9.00 pagi, manakala Kg Muruk pada pukul 4.00 petang.
Ustaz Sabri ada bagi tau yang Kg Sabah Tea, sebelum ini ada dicadangkan untuk masuk. Tetapi disebabkan semasa kami membuat permohonan untuk masuk ke kampung untuk jalankan aktiviti Khidmat Pendidikan, kawasan Kg Sabah Tea mengalami hujan lebat. Kg Sabah Tea mengalami banjir dan ini membuatkan keselamatan kami tidak terjamin. Demi keselamatan kami, Ustaz Sabri menolak Kg Sabah Tea dari dimasuki.
Kelas Fardhu Ain' di setiap kampung perlu dijalankan, penduduk kampung sangat memerlukan bantuan daripada tenaga pengajar bagi mempelajari kelas Fardhu Ain'. Kami sebagai sukarelawan sedia berkhidmat untuk mencurahkan sedikit ilmu yang ada bersama. Selagi kudrat masih ada dan segala urusan dipermudahkan, kami sedia untuk berbakti dengan jayanya.
MASITAH MASIRUN
09/02/2019
Pusat Bimbingan Islam - Islamic Outreach ABIM (IOA), Ranau. Sabah
Comments
Post a Comment