TRAVELOG: LIHAT DAN KURASAKAN

18 Februari 2019, ini adalah tarikh kami bergerak balik dari RPH (Rumah Putera Harapan) ke Kota Kinabalu. Kami balik menaiki van yang kami sewa dari travel agensi. Jadinya ada beberapa tempat yang menariklah kami singgah dalam perjalanan itu.

Kami bergerak keluar dari RPH lebih kurang dalam jam 9.45 pagi. Ini merupakan saat2 menyedihkan juga sebenarnya. Kerana ingin berpisah dengan sahabat-sahabat dari pihak ABIM dan RPH yang banyak membantu kami semasa di Ranau. Sama juga, kami memberi Sijil Penghargaan buat saguhati dari kami sebagai tanda terima kasih dan ingatan buat mereka.

Dalam perjalanan kami balik ke Kota Kinabalu, kami perlu melalui Kundasang. Kundasang ini banyak tempat-tempat yang menarik untuk diterokai. Tetapi kami pergi hanya dua tempat sahaja di sana. Itu pun sudah banyak memberi manfaat buat saya sendiri. Pertama sekali kami singgah di Kolam Air Panas (Hotspring). Di sana terdapat banyak kolam yang berlainan suhunya. Ada yang panas, ada yang suam, dan ada juga yang sejuk. Kesemuanya kami dapat merasa dengan tangan akan airnya. Di situ juga tempat untuk orang hiking dan mandi di air terjun. Tetapi kami dapat merasa di air terjun peringkat pertama sahaja. Itu pun agak jauh juga perjalanan ke sana. Dalam anggaran 500m untuk sampai ke sana. Tapi memang seronok dan agak extreme juga perjalanan itu.

Selepas selesai di Hotspring, kami teruskan dengan next destination kami iaitu Desa Dairy Farm. Ini adalah tempat yang paling kami semua nantikan pada hari itu. Di sana, banyak tarikan-tarikan yang menarik. Contohnya, dapat tengok lembu, cara mereka dapatkan susu lembu itu, dan pemandangan yang cantik. Ini adalah punca tarikan pelancong tercipta. Sampai sahaja di sana, kami seperti di sampai oleh signboard mereka yang besar dan begitu menarik perhatian orang ramai. Masuk sahaja di sana kami dapat melihat kehijauan-kehijauan yang sangat boleh menenangkan hati. Jika perhatikan semula di balik kehijauan itu ada lembu-lembu yang menghiasinya.

Masuk saja ke dalam kami dapat melihat cara mereka memerah susu lembu itu live depan mata. Kami juga dapat memberi susu dan makanan kepada lembu dan kambing. Lembu-lembu dan kambing-kambing itu semuanya jinak-jinak. Kemudian, kami dapat juga tngk macam mana mereka proses susu itu menjadi susu fresh yang siap di dalam kotak seperti di pasaraya-pasaraya. Dapat juga melihat mereka membuat ais krim. Kami juga dapat merasa ais krim itu. Rasanya sangat fresh dan sangat sedap.

Selesai sahaja segalanya di sana, kami pun teruskanlah perjalanan kami untuk pulang ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan ini sangat menyentuh hati juga kerana dapat melihat kabus yang begitu tebal. Jalanraya pun menjadi samar-samar. Ini kerana cuaca hujai renyai yang datang. Dia punya kesejukan tu ya ampun. Sejuk lit lit. Tapi memang terasa la kepuasan dalam diri tu dapat merasai pengalaman itu.


-Muhammad Hassan Hazim bin Mohd Nazmi-
-18 Februari 2019-
-11: 53 p.m.-
-Rumah Mimy, Kota Kinabalu, Sabah-

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH