TRAVELOG : KERJA LAST MINIT.
TRAVELOG : KERJA LAST MINIT.
Disediakan oleh :
Mimy Minarti binti Pangeran
12 Februari 2019
Pusat Bimbingan Islam (IOA)
Ranau, Sabah.
Salah satu 'penyakit' yang ada pada diri ini, suka sangat buat kerja last minit. Bila di jentik baru gelabah mahu siapkan. Akhirnya, sendiri sakit kepala. Padan muka.
Baru sahaja sampai selepas berjalan kaki sejauh hampir 3km, dari tempat kami menginap, Pusat Bimbingan Islam (IOA), Kg. Luanti, Ranau ke Sabah Tea. Lenguh kaki tidak terasa dek keindahan tumbuhan hijau sepanjang jalan ditemani udara yang bersih dan sejuk. Pandanganku dicuri oleh pemandangan ladang teh yang memiliki keluasan kawasan sebesar 6,200 ekar. Kawasan yang dikelilingi dengan hutan rimba yang telah wujud 130 juta tahun dahulu, berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.
Setelah puas cuci mata dan mengambil gambar, kami pun bergerak untuk turun semula ke tempat penginapan. Sepanjang jalan kami ditemani beberapa ekor anjing milik orang kampung. Tiba sahaja di PBI, Hassan membuat panggilan video bersama Cik Su untuk mengemaskini laporan "database", travelog, puisi dan segala laporan yang belum diselesaikan lagi.
Atas arahan Cik Su, "tidak semua perlu keluar mengajar pada hari ini". Perlu ada dua orang sukarelawan yang akan tinggal untuk menyiapkan laporan yang masih tertunggak. Sudah tentu aku sebagai setiausaha dan Nadirah sebagai bendahari yang akan tinggal untuk selesaikan laporan. Bermulalah agenda kami berdua dengan penuh semangat membuka laptop dan mulakan perjuangan. Ditemani dengan suasana yang sunyi sepi, mata menjadi lemah dan rasanya ingin beradu sebentar. "Nad, aku mahu tidur 10 minit, nanti kejutkan aku ya," pesanku kepada Nadirah. Tersedar dari tidur, aku terus menyambung tugasanku.
"Arghhhhh ... peningnya." Inilah akibatnya bila suka sangat buat kerja last-last minit. Penghujungnya, sendiri yang kalut siapkan tugasan dari pagi sampai ke petang. Pengajarannya, jangan suka sangat tangguh-tangguh kerja.
Disediakan oleh :
Mimy Minarti binti Pangeran
12 Februari 2019
Pusat Bimbingan Islam (IOA)
Ranau, Sabah.
Comments
Post a Comment