TRAVELOG: KAN KU RINDU
Hari ini merupakan hari terakhir kami bersama penduduk kampung Sedul dan kampung Muruk. Ini adalah hari penutupan di setiap kampung yang kami buat program di sana. Kalau kebiasaannya time mengajar, kami akan berpecah kepada 2 team dah pergi mengajar pada waktu yang sama iaitu waktu petang. Tetapi kali ini, kami pergi ke kampung itu bersama-sama tetapi secara bergilir-gilir. Pada pagi majlis penutupan di Kampung Sedul, dan petang pula penutupan di Kampung Muruk.
Antara aktiviti-aktiviti yang kami lakukan di majlis penutupan kampung itu adalah memberi sumbangan, sedikit acara sukaneka, pertandingan fardhu ain dan pemberian sijil kepada pelajar-pelajar kami yang sanggup datang untuk belajar bersama kami. Disamping tujuan ingin membantu orang kampung, kami juga ingin mengeratkan hubungan antara penduduk di kampung itu. Dengan aktiviti ini, ukhuwah itu boleh terjalan sesama mereka.
Kalau nak dibandingkan majlis kampung mana yang lebih meriah, bagi aku majlis penutupan di Kampung Muruk lebih meriah berbanding Kampung Sedul. Jumlahnya yang hadir lebih ramai dan sikap sporting penduduknya terhadap kami. Bukan sahaja peringkat kanak-kanak sahaja yang bermain, malahan peringkat belia pun turut main bersama. Lagi pun tempat majlis penutupan dia Kampung Muruk lebih strategik berbanding Kampung Sedul. Majlis di buat di Padang SK Kananapon.
Alhamdulillah majlis penutupan yang kami langsungkan pada hari itu tidak hujan atau apa-apa sesuatu yang tidak diingini berlaku. Segalanya berjalan dengan lancar.
Bagi penutupan majlis itu, kami sediakan sedikit hadiah saguhati bagi setiap peserta, bagi sijil kepada pelajar, dan yang paling diutamakan ialah sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Sumbangan yang kami sediakan bukan hanya wang kertas, tetapi ada juga sumbangan dari segi keperluan mereka. Contohnya barang dapur, pakaian, dan sebagainya.
Dengan itu tamat sudahlah hari kami bersama penduduk Kampung Sedul dan Muruk. Sedar tidak sedar sudah 1 minggu kami bersama mereka. Semoga anak-anak kampung itu akan jadi peneraju pada masa akan datang dan menjadi kampung yang maju dan sejahtera.
-Muhammad Hassan Hazim bin Mohd Nazmi-
-16 Februari 2019-
-11.37 p.m.-
-ABIM, Ranau, Sabah-

Comments
Post a Comment