Travelog: Jejaka berbaju biru
Salah seorang jemaah surau di Kampung Muruk
Matahari mamancar, bahangnya juga terasa seperti sedang berpuasa wal hal tidak puasa. Seperti biasa kami bergerak ke Kampung Muruk di sebelah petang untuk meneruskan misi kami. Perut muali mengalunkan lagu yang berirama menandakan perlu diisi. Aku capai beberapa paket biskut dan terus simpan di dalam beg. Seperti biasa kami menaiki kereta 4x4 kepunyaan Abang Syafiq. Berderau jantungku kerana kereta yang dipandu seperti lumba kereta.
Kami tiba pada jam 3:45 petang kami tiba di surau Kampung Muruk seperti biasa. Sejurus kaki kami mepangkah masuk ke dalam surau, terdengar suara kanak kanak melumba untuk ke surau. Setiap kali mereka datang, mereka begitu bersemangat walaupun keletihan setelah bersekolah. Kami mulakan pembelajaran dengan mengajar fardhu ain. Sebelum memulakan sesi pembelajaran kami akan menyoal kanak kanak tentang pelajaran yang telah diajar supaya mereka hadam ilmu yang telah dipelajari mereka.
Sedang kami ralit mengajar ilmu yang wajib dipelajari ini, tiab tiba ada seorang lelaki berbaju biru meluru masuk ke dalan surau. Beliau ingin menunaikan solat katanya. Kami membiarkan sahaja pada mulanya. Terlintas difikiranku untuk mengambil data profiling lelaki tersebut. Selepas habis mengajar kanak kanak, aku bersama dengan Muizzuddin mendekati lelaki tersebut dengan berhemah.
Sesi bertanya khabar dimulakan. Aku berasa agak gelisah sedikit kerana lelaki dalam lingkungan 30-an itu kerap memerhati tingkah laku ku sejak awak dia memasuki surau.
Aku gagahkan diri juga untuk bertanya dan kekal bertenang. Setelah bertanya nama nya Muhammad al Najib. Lelaki ini menetap di Kampung Muruk rupanya. Selama kami mengajar di Kampung Muruk ini, inilah kali pertama kami melihat susuk tubuh itu. Tiba tiba dia bertanya nama aku dan aku menjawab seperti biasa.
"Cantik nama kamu seperi orangnya", kata nya. Berderau darah aku mendengar. Matanya masih ralit menadang aku. Gabra jadinya aku. Tiba tiba azan Maghrib berkumandang, aku terus bangun untuk bersiap sedia untuk solat. Laga hatiku azan penyelamat aku. Aku harap aku tidak berjumpa dengan lelaki ini pada masa akan datang.
Disediakan oleh
-Aimi Nadhirah Bt Norhisham
-Surau Kampung Muruk
-Selasa
- 12 Feburari 2019

Comments
Post a Comment