TRAVELOG : JEEP ! JEEP ! LAJU BAH KAU

14/02/19 - Sudah masuk hari keenam saya dan rakan-rakan berada di Ranau, Sabah. Hati sudah rasa terpaut akan di sini. Tapi semenanjung tetap di hati. Seperti biasalah, rutin kami setiap hari akan masuk ke kg pada jam 3 petang untuk mengajar di sana.

            Hari ini kami bergerak lewat sedikit ke kg kerana abg Syafiq
 Mahu hantar team kg Sedul terlebih dahulu memandangkan kg. Sedul jauh daripada kg Muruk. Lagipun abg Syafiq sorang sahaja yang akan uruskan kami kerana abang Khairul sudah mula mengajar di RPH. Saya suka sangat naik jeep Abim ini. Walaupun luaran nampak macm uzur dan buruk sedikit tetapi laju tau. Aircorn pun ada. Ha! Hebat kan.


          Enjin dia menggamit suasana betul. Bunyi je jeep itu kami sudah tahu itu tanda kami perlu bersedia untuk masuk ke kg. Isyarat lah katakan. Saya suka bila time abang Syafiq bawa laju2. Iya lah kat sini kan sejuk bila berangin itu nyaman je. Boleh kejang muka kena angin sejuk lama-lama. Sambil nyanyi pula tu. Dah macam dalam filem hindustan.

       Tapi jeep ini ada kelemahan sedikit. Kekadang tidak hidup perlu tolak. Lepas tu hand break dia tidak berapa nak elok jadinya perlu tahan batu di tayar agar tidak bergerak atau berundur jeepnya. Tapi serius cakap jeep ni memang laju. Muatan terhad lah. Maksimum 7 orang termasuk driver.

          Jeep jeep, hang sudah menambat hati sya tau. Di semenanjung htidak berkesempatan dah nak naik. Masa yang ada ni lah kita gasak habis naik jeep. Hahaha..Semoga ukhwah sya dan jeep Abim Ranau berpanjangan..wassalam

Antara beberapa sukarelawan yang bergambar berlatarbelakangkan jeep Abim Ranau.


Nurfarhana Najwa Yusri l Pusat Abim Ranau l 14/02/2019 l 21:30 pm





       

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH