TRAVELOG : JALAN-JALAN
13/02/19 - Hari ni sya dan kak mas ditugaskan untuk mengambil pakaian sumbangan dari pihak Abim kepada penduduk kampung di tempat kediaman Ustaz Sabri. Terima kasih kepada abg Syafiq yang setia menjadi pemandu kami kemana-mana sahaja.
Sebenarnya saya bosan dan rasa nak keluar tu ikut k.mas ambil baju sumbangan. Lepas tu, kami ke pekan Ranau sebentar untuk uruskan beberapa hal. Dalam kereta, sepanjang perjalanan asyik berborak je dengan abang Syafiq. Sporting betul orang nya. Kekadang tu banyak pula yang di tanya. Layankan jerlah.

Pakaian sumbangan Abim yang telah diambil untuk diagihkan.
Di pekan Ranau, mata tidak berhenti melihat dan memerhati bangunan yang banyak dan pelbagai bentuk. Walaupun hanya pekan kecil, tpi sesak jalannya boleh tahan juga.
Sepanjang perjalanan mahu pulang ke asrama, pemandangan cantik sangat2. Dengan bukit bukau nya, suasana hijau nya, uishhh cantik lah. Jarang jumpa view macm ni di semenanjung. Kemudian, tambah pula dengan gunung Kinabalu yang kelihatan tidak jauh dari kami. Cantik bah. Dengan angin sepoi-sepoi menampar muka, iya lah time tu sya buka tingkap. Biar berangan sikit. Suruh abg Syafiq bawa jeep laju2...wallahu 'alam
Nurfarhana Najwa Yusri l Pusat Abim Ranau l 13/02/2019 l 23:20 pm

Comments
Post a Comment