TRAVELOG: INGIN BELAJAR
Ini adalah perkara yang paling terkesan buat saya. Begini ceritanya. Ini berlaku di tempat yang sama kami mengajar iaitu di Kampung Sedul Lama. Seperti biasa kami mengajar di Surau Sedul Lama, budak-budak yang kami mengajar pun pada mulanya sama iaitu seramai 8 orang.
Seperti selalu, kami lebih fokuskan kepada Fardhu Ain setiap kali kelas. Tetapi bukan itu sahaja, kami juga selit-selitkan sedikit modul-modul yang menarik contohnya Bahasa Inggeris, Sains, dan Jawi.
Pada hari itu, kami semua sangat terkesan kerana pelajar kami bertambah. Iaitu seramai 3 orang. Yang lagi menarik mereka bertiga itu di antara yang paling tua dalam angka umur-umur pelajar kami.
Daripada umur 12 ke 14 tahun. Mereka bertiga ini sangat bersemangat untuk belajar. Mereka juga adalah diantara pelajar yang terbaik didalam kelas pengajaran kami. Ini lebih menyeronokkan bagi kami kerana setiap apa yg kami ajarkan mereka faham.
Saya berharap pelajar-pelajar ini akan cemerlang satu hari nanti.
-Muhammad Hassan Hazim bin Mohd Nazmi-
-13 Februari 2019-
-11.28p.m.-
-ABIM, Ranau, Sabah-
-Muhammad Hassan Hazim bin Mohd Nazmi-
-13 Februari 2019-
-11.28p.m.-
-ABIM, Ranau, Sabah-
Comments
Post a Comment