TRAVELOG: HARI KE-10 KU
17 Februari 2019, adalah tarikh terakhir kami di PBI. Atau nama yang lebih detailnya Pusat Bimbingan Islam. PBI ini adalah pusat yang berada di bawah pengawasan ABIM, Ranau. Kami bercadang untuk keluar pada pukul 9 pagi untuk ke RPH (Rumah Putera Harapan).
Kami bangun awal pagi seperti biasa iaitu sebelum subuh. Jadi masa kami banyak lagi sementara menunggu nak sampai pukul 9. Jadinya, banyak aktiviti-aktiviti yg kami boleh buat sebelum tu. Contohnya bersenam, sarapan pagi, beriadah dan banyak lagi.
Pagi itu, kami semua makan durian. Kerana sedang musim durian pada waktu itu. Tetapi hanya seorang sahaja yang tidak makan durian kerana dia phobia makan durian. Jadi, memang seronok la kan kami nak kena kan si phobia tu. Selepas situ barulah kami semua bersiap-siap untuk kemaskan barang kami semua.
Selepas kami bersiap-siap, kami dahulu dengan kata-kata terima kasih dan penghargaan buat pihak PBI. Kami juga memberi sagu hati kepada mereka dalam bentuk Sijil Penghargaan untuk pihak PBI. Jasa baik mereka tidak akan kami lupakan sampai bila-bila. Selepas selesai, kami terus bergerak ke RPH dengan menaiki van RPH.
Sampai di RPH, kami bawa turun semua dan segala barang-barang kami. Kemudian kami dijemput untuk makan bersama oleh pihak RPH. Selepas selesai makan, kami bergerak terus ke Tambunan untuk melawat tempat bersejarah di sana iaitu Tugu Mat Salleh. Di sana, kami ambil gambar banyak-banyak kerana itu yang perlu kami bawa pulang sebagai bukti kami sudah sampai ke Tugu Mat Salleh Itu.
Selepas Tugu Mat Salleh, kami semua ikut Ustaz Sabri pergi ke majlis kecilan kawannya. Majlis itu ialah majlis sempena menyambut hari kelahiran anaknya yang ke-2. Kami di hidangan dengan makanan yang lazat. Iaitu nasi ayam. Selesai sahaja makan, kami semua pun bawa diri dari pada situ dan pulang ke RPH untuk solat berjemaah di Masjid sebelah RPH itu sendiri.
-Muhammad Hassan Hazim Bin Mohd Nazmi-
-17 Februari 2019-
-11.39 p.m.-
-RPH, Ranau, Sabah-

Comments
Post a Comment