Travelog: Despedida yang bermakna


Majlis penutupan bersama penduduk Kampung Muruk.

          Tanggal 16 Februari 2019 merupakan hari terakhir aku berada di Kampung Muruk. Hari yang paling sedih bagi aku kerana hari perpisahan bersama penduduk kampung dan anak anak didik ku selama satu minggu. Biar pun ini hari terakhir aku akan menjadikan ini adalah hari yang paling berbahagia untuk aku dan orang sekeliling.

          Maljis penutupan ini diadakan di Padang Sekolah Kananapon. Aku dan pasukan aku sudah meminta izin untuk menggunakan padang kerana khuatir tidak dapat keizinan daripada pihak sekolah. 

           Jam menunjukkan jam 3 petang, matahari terpacak diatas kepala kami membuatkan kanak kanak sedikit gelisah kerana kepanasan. Akan tetapi apabila diberi arahan untuk membuat barisan, mereka tetap membuat barisan dengan cantik. Acara pertama diteruskan iaitu cari gula gula dalam tepung. "Ohh kami tahu main itu!" Andrew berkata dengan lantang. Mereka kelihatan sudah tidak sabar untuk bermain.

            Walaupun panas terik mereka tetap seronok bermain. Setiap saat yang berlalu pasti akan ku semat di dalam ingatan ku. Memori memori indah ini akan membuatku tersenyum sendiri apabila kembali ke semenanjung nanti. Gelagat dah tawa riang mereka mencuit hati kami. 

          Setibanya di penghujung majlis, aku sedikit terpukul kerana sungguh cepat waktu berlalu dan aku harus meninggalkan mereka. Sedang aku leka mengemas barang, aku terkejut kerana aku terasa seperti ada yang memelukku dari belakang. "Sob sob" Pandra menangis. "Bila kakak mau datang sini lagi, nanti saya rindu kakak macam mana?". Aku terpukul dan membuatkan aku turut bergenang. Aku menasihati mereka supaya belajar pandai pandai dan tidak melupakan antara satu sama lain. Aku memeluk mereka. Setiao pertemuan pastu ada perpisahan.



Disediakan oleh: 
Aimi Nadhirah bt Norhisham
16 Febuari 2019
Padang Sekolah Kebangsaan Kananapon

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH