TRAVELOG: DEBARAN KIAN TERASA

08/02/19- Debaran kian terasa apabila tinggal beberapa jam untuk kami bergerak ke bumi Sabah. Buat pertama kalinya, saya berdikari dan pergi jauh dari keluarga demi mengalas tanggungjawab sebagai sukarelawan kepada masyarakat. Aku berazam dengan waktu dan masa yang diperuntukkan selama 2 minggu berada di Sabah akan ku penuhi dengan sebaiknya. Mujur ada sahabat perjuangan yang turut sama dalam misi sukarelawan ini. Tanpa mereka juga, aku tidak kuat.

Antara sahabat seperjuangan yang turut serta dalam misi Turda Sabah.

      Tepat jam pukul 6:00 am, kelihatan penumpang flight untuk ke kota kinabalu sedang beratur panjang untuk msuk ke body pesawat. Pada mulanya kami ingin solat subuh terlebih dahulu tpi kelihatan tidak sempat kerana orang mulai beratur risau ketinggalan pesawat. Lalu, kami pun beratur msuk ke pesawat.

           Saya gembira kerana buat pertama kalinya dapat seat kapal tepi tingkap. Sudah lama mahu duduk sebelah tingkap akhirnya dapat juga. Bukan apa, saya teringin sangat nak tengok permandngan dari atas. Iya lah Klau dari tingkap nampak kan.


Permandngan yang sempat sya tangkap ketika berada di dalam pesawat.

        Hampir dekat pukul 9 kami tiba di airport Kota kinabalu. Buat pertama kali jugak saya berpijak di sini. Sungguh indah bumi Sabah. Di kelilingi oleh lautan biru luas mata memandang. Alhamdulillah, kami selamat tiba. Kami disambut baik oleh abang salah seorang aktivis sukarelawan bersama kami yang sudi menjemput kami di airport. Beliau juga sempat membawa kami pusing2 bandar kota kinabalu sebentar.


     Antara gambar kenangan yang kami ambil di kota kinabalu.

Bersyukur sangat akhirnya sampai juga ke bumi Sabah. Tetapi, ini baru permulaan. Cabaran akan tiba tidak lama lgi. Seakan-akan memanggil kami ke sana. Tunggu Ranau kami sampai.!!

Nurfarhana Najwa Yusri l kota kinabalu l 8/02/19 l 10.00 am






     

           

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH