TRAVELOG: DATANG LEWAT!
Tanggal 6 Februari 2019, aku bangun seawal pagi dengan semangat yang berkobar kobar untuk ke Unisel Bestari Jaya atas Program iMISU. Barangku sudah ku siapkan untuk menyegerakan perjalanan ku ke destinasi akan tetapi malangnya, ibu bapa ku tiba di KLIA pada jam 2 petang.
Pada jam 1 petang bermula lah perjalananku ke Unisel Bestari Jaya. Aku tiba di destinasi yang tuju pada jam 2:45 petang dengan selamat. Setibanya di Unisel aku terus ke Masjid Unisel dengan perasaan yang gemuruh kerana datang lewat. Setelah ku menjejak kan kaki ku di bilik kuliah aku disambut dengan meriah sekali. Maka terlepas lah rindu saya pada rakan persejuangan yang lama tidak berjumpa.
Slot pertama yang aku sertai ada permainan yang diberi nama "Ikatan Ukhwah". Permainan ini bertujuan untuk mengasah kreativiti dalam diri. Kami diarahkan untuk membentuk satu rantaian yang kukuh sepanjang yang boleh dengan menggunakan barang di sekitar sahaja. Kami adalah antara kumpulan yang sedikit anggota akan tetapi dengan kreativiti yang kami perolehi kami melengkapkan permainan inu dengan mudah sekali. Kami juga dapat lihat kreativiti daripada kumpulan lain.
Seusai solat maghrib, kami berkumpul untuk sesi Bicara Hati ke Hati. Pada awalnya saya menjangkakan ini ada satu aktiviti malah tidak. Ini adalah sesi perkenalan antara rakan seperjuangan. Banyak celoteh dan luahan hati yang aku dapat, ada yang sedih ada yang menggelikan hati malah ada juga yang daoat menambat hati rakan rakan yang lain dengan celoteh rakan. Daripada sesi ini aku dapat mengenal sedikit sebanyak latar belakang mengenai rakan seperjuangan aku.
Seusai solat isya', kami diarahkan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan sebelum berangkat ke destinasi misi masing masing. Semakin dekat hari semakin gemuruh hatiku ini terasa. Adakah aku masih bermimpi ? Aku seakan tidak percaya waktu yang dinantikan bakal menyusul dalam beberapa jam sahaja. Aku berharap agar perjalan kami dapat berjalan dengan lancar dan selamat.
Comments
Post a Comment