Travelog : Bicara Hati Sukarelawan



Sesi waktu pembelajaran bersama kanak-kanak yang bukan islam

             Hari-hariku berjalan seperti biasa, rutinku diwaktu petang di bawah sinaran mentari yang memancarkan kesilauan cahaya tepat kearah muka menjadikan hari itu adalah hari yang sangat indah, dengan pengharapan yang sama aku datang ingin melaksanakan tugasku sebagai sukarelawan kecil yang berjiwa besar selama 4 hari berturut-turut dan ia juga merupakan hari yang bakal akan ku rindui detik-detik bersama-sama anak-anak yang berhati suci itu. Waktu yang terus berdetik tidak boleh diundurkan telah membuatkan lebih kurang seminggu diperuntukkan aku bersama mereka seakan baru sahaja aku tiba di sini semalam.
              Berat hati ini meninggalkan kenangan-kenangan di sini, segala memoriku di sini akanku sematkan erat di dalam ingatanku. Dipetang yang hening itu aku berasa terharu kerana buat kali pertamanya kedatangan kami dinantikan oleh kanak-kanak penduduk Kg. Muruk, bukan sahaja kanak-kanak yang setia datang kelas menanti kami malah kanak-kanak baru kelihatan yang bukan islam juga turut menanti kedatangan kami.
              Pelajar pada petang itu agak ramai dan diluar daripada sangkaan kami. Aku kagum dengan keinginan mereka ingin belajar walaupun mempunyai kekangan yang timbul. Aku kagum dengan layanan mereka terhadap kehadiran kami yang sentiasa terbuka walaupun berlainan agama, aku kagum dengan penerimaan orang asing seperti kami walaupun kedatangan kami baru sahaja sekejap dan sementara terutamanya bagi kanak-kanak yang bukan muslim kerana majoriti kanak-kanak penduduk sekitar kampung Muruk adalah bukan muslim.
              Petang itu kelas berjalan lancar seperti biasa, kesungguhan mereka ingin belajar membuatkan aku perlu tanam semangat yang sama seperti mereka. Mereka sangat mempunyai minat untuk menuntut ilmu , namun kekangan sumber tenaga pengajar di kampung itu membuatkan keinginan mereka terbantut dan kurang mendapatkan ilmu pengetahuan dan hanya mengharapkan bantuan pengajaran di sekolah semata.
Tidak mudah seseorang kanak-kanak yang mempunyai keinginan belajar sampai begitu sekali.
             Bukti ini telah nampak ketara, sebenarnya mereka benar mendahagakan ilmu daripada orang-orang luar. Aku tersentuh hati apabila melihat cara tingkah laku mereka untuk mendapatkan ilmu penuh bersemangat dan sikap daya saing yang kuat, sedangkan ketika ini ramai lagi insan yang tidak menghargai ilmu dan lebih mementingkan yang lain berbanding mencari ilmu.

Nazifah Binti Nazri
14 Februari 2019
9:20a.m
Pusat ABIM, RANAU

Comments

Popular posts from this blog

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH

Puisi: Termenung