TRAVELOG - BELON GAS
Khamis, 14/02/2019 : 4.00 petang, adalah jadual waktu untuk mengajar di Kg Sedul dan Kg Muruk. Hari ini team aku, Kg Sedul, tepat jam 3.00 petang kami gerak masuk ke kampung. Hari ini Nadirah yang lead untuk mengajar budak-budak, nampaklah semangat dan setia team aku mengajar. Hari ini dimulakan dengan mengajar Jawi. Alif, Baa, Taa,... yang diajar di depan. Walaupun jumlah kanak-kanak di Kg Sedul tak ramai, tapi semangat nak belajar memang nampak ada dalam diri mereka.
Kalau belajar sahaja memanjang memang penat, kalau nak tarik perhatian kanak-kanak kena selitkan aktiviti. Aktiviti pada hari ini kami buat experiment Sains, yang diketuai oleh Hassan. Experiment yang dibuat hari ini adalah experiment menghasilkan belon gas. Di bawah ini bahan-bahan dan langkah-langkah bagaimana boleh terhasil gas belon :
Bahan
-Botol
-Cuka
-Baking Soda
-Balloon
-Corong / Kertas
Langkah-langkah
-Berhati-hati tuang cuka ke dalam botol.
-Regangkan belon beberapa kali, kemudian gunakan corong ataupun kertas untuk mengisi baking soda kedalamnya.
-Sekarang dengan hati-hati letakkan leher belon pada leher botol tanpa membiarkan apa-apa baking soda masuk ke dalam botol.
-Angkat belon sehingga soda pembakar jatuh ke dalam botol dan dicampurkan dengan cuka.
Huraian daripada experiment ini ialah soda pembakar dan cuka membuat tindak balas ACID-BASE dan kedua-dua bahan kimia bekerja bersama-sama untuk membuat gas, (karbon dioksida) Gasses memerlukan banyak ruang untuk menyebar dan karbon dioksida mula mengisi botol dan kemudian bergerak ke dalam balon dan mengembang.
Pejam celik, pejam celik, gelap malam sudah menghadirkan diri, maghrib dah menjelang. Hari Khamis, puasa sunat Khamis dilakukan oleh team TURDA Sabah 6.0, yang berpuasa berbuka dengan segelas air dahulu, Maghrib berjemaah didirikan, seperti biasa, rutin harian dengan bacaan Al-Mathurat dan tadabbur al-Quran dijalankan. Selepas selesai, kami makan dahuku sebelum waktu Isya' masuk. Selepas Solat Isya' berjemaah didirikan, kami refresh balik kanak-kanak Kg Sedul sepanjang pengajaran Fardhu Ain'. Tepat-tepat habis sahaja kami refresh balik Fardhu Ain' yang diajar dari Isnin, 11/02/2019 yang lalu. Abang Syafiq dengan ditemankan oleh Mus datang menjemput kami. Maka berakhirlah pengajaran pada hari ini.
Siang menghadiri, malam menjelma. Begitulah kuasa-Nya, bagaimana manusia menempuhinya hari-hari dan waktu yang sama.
MASITAH MASIRUN
14/02/2019
Pusat Bimbingan Islam - Islamic Outreach ABIM (IOA), Ranau, Sabah
MASITAH MASIRUN
14/02/2019
Pusat Bimbingan Islam - Islamic Outreach ABIM (IOA), Ranau, Sabah
Comments
Post a Comment