TRAVELOG : BADMOOD DAY
12/02/2019 - Buat pertama kalinya saya bangun sendiri untuk solat subuh. Biasanya ada orang yang kejutkan. Hahaha Maka macam biasa lah, seusai solat subuh berjemaah saya dan rakan2 seperjuangan membuat rutin harian dengan membaca al mathurat dan al Quran. Cuma hari ini ada kelainan sedikit iaitu kami decide untuk pergi ke Sabah Tea. Maka, sebulat suara semuanya bersetuju untuk ke sana.
Bergambar di hadapan signboard Sabah Tea
Serius cakap memang penat naik atas. Jalan nak ke sana berbukit- bukit dan tinggi pula. Kami berpakat untuk jalan je kami ingat tak lah jauh sangat naik ke atas puncak tu sekali tinggi betul. Lelah juga lah. Saya ni jenis kalau penat sangat-sangat memang badmood. Pastu rehat tidak cukup pula memang bertambah badmood nya. Hahaha ni ramai yang tak tahu lah. Tu hari ni semua tertanya-tanya Farhana senyap je, ada masalah ke..Hahaha
Gambar di puncak Sabah Tea
Hari ni semua serba tidak kena belaka. Tak tahu lah kenapa dengan diri ini. So, sya decide untuk senyap je. Pergi masak tengahari and then mandi dan solat. Lepas tu duk lama-lama kat surau muhasabah diri sikit. Makan tengahari pun tak nak sebenarnya tapi kawan2 duk panggil siap cari sya lagi. Makan lah jugalah walaupun sikit.
Kemudian, hampir jam 3 petang saya dan team siap2 untuk masuk ke kg Muruk untuk memulakan sesi pembelajaran seperti biasa. Tiba di surau seperti biasa orang pertama yang akan tiba ada lah nenek struggle. Nenek lah orang pertama yang selalu datang awal.Kemudian menyusul bebrapa kanak2.
Hari ini aku betul-betul terkesan dengan nenek struggle. Nenek buat aku menangis hari ini. Kalau nak tahu hari2 nenek tanya soalan yang Sama. Sampai bila kamu duduk sini? Bila kamu pulang?..,bila aku bagitau bila aku pulang tiba-tiba air mata nenek mengalir sambil berkata ',tinggl saja lah sini jangan balik'.
Ya Allah mana tak sedihnya bila nenek cakap macam tu. Aku tak boleh berkata apa-apa dan aku terus berpaling muka ke bawah lalu menangis. Tak sanggup tengok muka nenek yang pilu itu. Nasib baik amy perasan dan bantu tenangkan nenek. Kata nenek dia sayang sama kami semua..Kami pun sayang nenek. Selagi waktu dan masa kita ada bersama ni nek, kita penuhi dengan bibit2 yang indah ya.
Gambar nenek struggle
Nurfarhana Najwa binti Yusri l 12/02/19 Surau Kg Muruk l 18:38 pm



Comments
Post a Comment