TRAVELOG : HAI !! PUSAT ABIM, RANAU.
10/02/19- Pusat Abim Ranau, seronok tempat nya. Dekat dengan sungai, jalan raya, Sabah Tea dan sebagainya. Udaranya nyaman sekali. Saya ingat tempat penginapan kami macam survival gitu, kena tidur di lantai, masak sendiri guna unggun api, kesejukan tanpa selimut ndak ada air ndak ada elektrik, begitu banyak spekulasi yang bermain di fikiran. Rupanya tersergam indah tempatnya. Surau Abim yang cantik dilengkapi asrama serta dapur dan bilik air. Alhamdulillah.
Gambar buat pertama kali kami tiba di Pusat Abim, Ranau.
Kami disambut baik oleh sahabat2 abim yang terdiri daripada beberapa orang antaranya abg Khairul dan Syafiq khususnya yang membantu pergerakkan kami sehingga masuk ke kg pedalaman. Terima kasih kepada mereka yang sudi bekerjasama dengan pihak kami. Mereka sangat sporting.
Kami bergambar bersama di kawasan penginapan pusat Abim.
Hari pertama di sini memang agak kekok. Kena biasakan diri dulu tapi alhamdulillah team saya semua nya pandai berdikari dan survive. Lepas dah survey2 kawasan pusat Abim ni, kelihatannya okay je. Cantik juga. Ada sungai Tagal. Ha! Cakap pasal Sungai Tagal , hari pertama ada seorg pakcik ni ajak kami main dengan ikan Kelah. Seronok sangat, dapat masuk free pula tu.
Saya berharap sepanjang keberadaan kami di sini sedikit sebanyak dapat menambahkan pengalaman baru, sahabat baru, maklumat baru dan sebagainya. Semoga misi pendidikan kami ini berjalan lancar. Aamiin.
Doakan kami team Turda Sabah 6.0 selamat menjalankan misi.
Nurfarhana Najwa Yusri l Pusat Abim Ranau l 10/2/19 l 23:10 pm



Comments
Post a Comment