TRAVELOG :AYUH BAGI SUMBANGAN BAH !!!

15/02/19 - Hari ni sudah masuk hari yang ketujuh iaitu 2 hari sebelum pulang ke Kota kinabalu. Hari ini juga hari yang sibuk buat sya dan team Turda Sabah. Kami perlu membuat persiapan untuk keesokan harinya.

       Aku terkesan melihat kesungguhan sahabat-sahabat ketika postmoterm dan meeting semalam. Masing- masing bersungguh dan memberi komitmen sepenuhnya walaupun ada juga yang mengantuk termasuk saya tapi semuanya berkorban dan cuba menahan mata daripda mengantuk. Pulang sahaja dari mengajar terus berkumpul untuk meeting. Penat tu of course lah ada tpi sudah menjadi tanggungjawab Kami berbincang untuk pengagihan sumbangan barangan dapur dan aktiviti sukaneka esok.
 
        Sampai kan ada seorang ni abis je meeting tu terus masuk asrama tertidur dengan tudung2 dan vest yang tidak tertanggal lagi. Punya lah ngantuk sangat, pagi esok baru sedar. Alahai. Biasa lah tu penat sikit. Nak jadi sukarelawan perlu suka dan rela bukan paksa. Perlu berkorban untuk bntu orang lain. Klau rasa tak mampu jadi sukarelawan dan tidak suka lebih baik balik lah tidur kat rumah. Jangan disia-siakan masa Klau tidak suka..

    Untuk pagi ini, kami berpecah kepada 2 team untuk yang pergi beli barang hadiah dan sumbangan dan yang tinggal atau stay di Pusat Abim Ranau. Sebulat suara 4 orang yang akan pergi tidak termasuk saya. Saya stay di Pusat Abim Ranau untuk siapkan tugasan yang belum selesai.

        Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sekarang ini tengah tunggu kepulangan diorang dari membeli barang.Harap dipermudahkan urusan ya beb  ..wallahualam

Nurfarhana Najwa Yusri l Pusat Abim Ranau l 15/02/19 l 11:03 am

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH