TRAVELOG - AKU TINGGAL KALI INI
Jumaat, 15/02/2019 : Tempat yang aku menginap sekarang ni kan betul-betul sebelah dengan masjid. Pertama kali aku dapat tengok dengan jelas kaum muslimin mendirikan Solat Jumaat secara live. Dapat dengar dengan jelas ukhutbah Solat Jumaat. Pengaalaman baru, sebelum ni hanya tengok kaum muslimin pergi masjid untuk Solat Jumaat
Hari ni, aku tak masuk Kg Sedul untuk mengajar. Urusan yang lagi penting, buat travelog yang tak selesai..hehehe..tinggalkan pun tak siap-siap, berapa sahaja yang aku dapat cover balik.
Kalau tinggal, maknanya kena masak. Tapi malam ni Abang Syafiq dan Ustaz Rafi yang tolong masakkan. Apa yang dimasakkan adalah sup ayam. Makan malam hari ni adalah bihun sup. Apa yang aku tolong adalah rendam bihun dan buat sambal.
Malam tu aku rasa pelik sikit ngan kawan aku, tiba-tiba tanya soal peribadi. Bila aku tanya kenapa tanya, dia kata saja-saja jer tak ada topik nak cerita. Aku abaikan jerlah, mungkin betullah kot tak ada cerita nak disembangkan. Waktu nie aku tengah buat sambal untuk sup. Asyik sangat bercerita, amik kau. Tau tak masa buat sambal ni aku salah letak kicap. Taukan kicap Sabah, kicap masin, cuak aku waktu ni, alamak masinlah sambal aku. Selamatlah kicap yang diorang ada beli, kicap manis, bolehlah baiki sambal aku tu. Alhamdulillah urusan aku dipermudahkan, sambal kicap sudah sedia dengan selamatnya tanpa pembaziran. Walaupun, benda yang kecil tu salah, tapi benda tu memainkan peranan yang penting, rosaklah segalanya. Tapi kalau kita pandai mengawalnya, dengan bantuan-Nya, urusan tu dipermudahkan.
MASITAH MASIRUN
15/02/2019
Pusat Bimbingan Islam - Islamic Outreach ABIM (IOA), Ranau, Sabah

Comments
Post a Comment