Travelog: Aku Kagum

Kunjungan hormat UMS bersama MPP UMS

         Hari ini adalah hari yang paling excited bagi aku kerana kami akan membuat kunjungan hormat di UMS bersama MPP UMS. Kami tiba di UMS paga jam 9:45 pagi, dan kami disambut dengan baik oleh pihak UMS (Universiti Malaysia Sabah). 

 Perbincangan dimulakan

          Pada awalnya kami berasa agak kekok, akhrinya kami sembang sembang santai bersama sama. Mereka memperkenalkan universiti mereka dan aku berasa kagum! Aku seperti mahu sambung pengajian aku disini akan tetapi aku tahu keluarga tidak membenarkan aku menyambung di sini dek kerana jauh dari keluarga.

          Barisan MPP UMS membawa kami melawat kawasan UMS. Ternyata keluasan UMS ini lebih besar berbanding tempat belajar kami iaitu UNISEL. Aku kaget dengan keluasan 9 hektar yang dimiliki oleh UMS ini.

           Seharian kami dibawa melawat UMS, ada pantai dibelakang UMS. Pantai ini berperanan untuk menarik pelancong datang melawat UMS, ini akan menjana pendapatan UMS juga.

           Kami pulang ke rumah penginapan pada jam 9:30 malam dengan perasaan yang seronok dan tidur dengan nyenyak..


Disediakan oleh
Aimi Nadhirah bt Norhisham
20 Feb 2019

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH