Travelog: 4 Pendatang Baru

     


          "Boleh nda kami mahu join?". Pantas aku menjawab boleh ! Akan tetapi mereka berempat beragama kristian. Aku berasa sedikit kekok pada awalnya. Aku mulakan pembelajaran bersama mereka dengan perkenalakan diri mereka. Usia mereka dslam lingkungan 10 hinggah 12 tahun. Mereka sangat seronok apabila aku bagitahu mereka bahawa kami di sini akan mengajar mereka. Aku dapat merasakan bahawa ini adalah penantian mereka ingin ada pendidik yang akan mengajar di kampung mereka.


          Setelah berkenalan dengan mereka, aku bertanyakan soalan yang mudah mudah terlebih dahulu akan tetapi mereja bijak bijak belaka. Aku kagum dengan kepintaran mereka. Bila ditanya belajar dari mana, mereka menjawab "belajar di sekolah tetapi kami lebih banyak belajar dirumah berbanding sekolah kerana cikgu tidak beri tumpuan sama kami" jawab salah seorang budak kristian itu. Aku sangat kagum dengan mereka kerana boleh belajar sendiri sedangkan diri ini sungguh malas untuk belajar.

         Mereka memintaku untuk ajar mereka Bahasa English dan Mathematics. Aku semakin bersemangat kerena kedua dua mata pelajaran ini adalah mata pelajaran kesukaanku. Sedang ralit mereka membuat latihan, tiba tiba aku terdengar alunan suara yang merdu. Aku terhenti mengajar dan mencari punca suara itu. Rupa-rupanya seorang anak murid yang aku ajar itu menyanyi. Merdunya suara nya seakan akan muzik dalam radio. Bakat yanh terpendam itu membuat kami lebih terpegun. 

        Sambil mereka membuat latihan yang aku berikan kepada mereka, mereka menyanyi. Kata mereka, mereka lebih suka belajar sambil menyanyi atau mendengar lagu. Aku turut menyanyi bersama untuk menghiburkan mereka sambik memberi manfaat untuk mereka. Sambil membuat latihan, kami berborak boral untuk mengenali antra satu sana lain supaya apabila kami kembali ke tempat masing masing mereka tidak melupai kenangan yang kami cipta bersama.

         Selepas belajar, kami bermain bersama sama. Kami main satu permainan yang dinamakan "biawak dan buaya". Aku menerangkan kepada mereka cara bermain dan larangan ketika bermain. Mereka menuruti segala yang diarahkan. Sebelum main, kami melakukan satu eksperimen sains, iaitu dengan menggunakan gula gula mentos dan air cooa cola. Eksperimen ini adalah untuk mengkaji kereaktifan gas. Mestos ini dimasukkan kedalam cola cola. Mereka amat teruja, malah ada yang yang melompat lompat keriangan.


Disediakan oleh
Aimi Nadhirah bt Norhisham
Surau Kampung Muruk
13 Februari 2019

Comments

Popular posts from this blog

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH

Puisi: Termenung