Travelog: 2nd last day


          15 Februari 2019, pejam celik pejam celik dah tiba hari terakhir kami mengajar di Kampung Muruk. Hati aku terasa sedih untuj meninggalkan adik adik ini. Terasa seperti baru sehari mengajar mereka. Mereka masih memerlukan orang yang sanggup melayan kerenah dalam mengajar mereka. 
     
           Sedang leka aku mengajar, aku berborak dengan mereka. "hari ni hari terakhir kakak amy kat sini tau", kataku kepada anak anak murid aku. Sepi .... tiada nyahutan daripada mereka. Aku berfikir mungkin mereka tidak mendengar kata kata aku. Aku mengabaikannya dah teruskan mengajar seperti biasa.
  
           Suasana agak sepi, aku mengambil kesempatan untuk mengulangi semula penyataan yang aku telah ajukan beberapa minit yang lepas. "Kenapa?!" serentak mereka bertanya sambil menjerit. Aku tersentak seketika. Aku menunduk dan mengalihkan pandangan dan meneruskan sesi pembelajaran. Akan tetapi mereka tetap bertanya "kenapa?" , "kakak mahu kemana?"dan "bila nak datang sabah lagi?".

          Bergenang air mata mereka, tidak puas bersama aku katanya. Air mata aku turut bergenang akan tetapi aku tetap menahan daripada mengalir untuk tidak membuat mereka turut sedih. Aku memberi nasihat supaya mereka lebih kuat untuk menempuh cabaran pada masa akan datang. "Jangan sebab kakak kamu malas belajar, kakak cuma bantu kamu untuk belajar sahaja". Aku memeluk mereka semua untuk menenangkan mereka.

          Selepas aku menasihati mereka, aku mengajak mereka membuat eksperimen untuk kali yang terakhir. Eksperimen ini akan membuatkan mereka melupakan kesedihan yang mereka rasakan untuk seketika. Mereka begitu seronok apabila diajak untuk membuat eksperimen dan ajak mereka bermain .

.Disediakan oleh
-Aimi Nadhirah Bt Norhishan
-15 Februari 2019
-Surau Kampung Muruk

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH