Si abang dan si adik



Pada hari ke 5 kami berada di Sabah, dan seperti biasa kami mengikut seperti apa yang dirancang di dalam kertas kerja kami, kami akan mengadakan program di buah dua  kg iaitu kg Sedul Dan kg Muruk. Di sana kami akan mengajar fardhu ain, sains dan bahasa Inggeris, kami akan mengadakan program tersebut selama enam hari di kg-kg tersebut.

Seterusnya, tiba masa kami akan berangkat ke kg-kg tersebut. Sebelum itu kami di bahagikan kepada dua kumpulan untuk ke kg-kg tersebut yang kumpulan pertama di Kg Sedul dan Kg Muruk dan aku berada di kumpulan dua, aku akan ke Kg Muruk untuk meneruskan seperti yang dirancangkan.

Kami bertolak kira-kira dalam pukul 315 dan perjalanan mengambil kira-kira dalam 5 minit sahaja dari tempat menginapan kami Kg Luanti, setiba kami seperti biasa kami datang lebih awal untuk persiapan bagi memulakan. Program akan mula pada 4 petang sementara menunggu kehadiran para pelajar "eceh" kami membersihkan surau yang kami akan mengunakan sebentar sahaja lagi.

Setelah, tibanya beberapa orang penduduk kampung untuk menuntut ilmu bersama kami dan termasuk dalam beberapa orang penduduk termasuklah 2 orang adik-beradik yang datang untuk bersama-sama untuk menuntut ilmu, umur mereka masih muda si adik baru berumur 4 tahun tetapi si adik petah berkata-kata dan si abang pula baru berumur 9 tahun tetapi si abang agak cerdas dalam bab-bab belajar dan si adik pulak juga cerdas walaupun hanya melihat kami mengajar beberapa adik-adik yang lain berwudhuk.

Selepas itu, kami memulakan mengajaran dan si adik aku yang mengajar manakala dan si abang pula berada di antara kami, walaupun si adik masih kecil tetapi di nampak gigih untuk belajar walaupun lidahnya sangat pelat untuk menyebut huruf-huruf dalam Al-Quran jujur aku katakan aku sangat terkesan dengannya yang gigih dan banyak mengingati apa yang dia belajar semalam bagi aku itu adalah sesuatu perkara yang sangat memuaskan apabila apa yang kita ajar dia memberi apa yang kita harapkan dan bahkan lebih yang kita harapkan.

Untuk si abang pula dia tidak banyak menghadapi banyak masalah membaca mungkin kerana sebelum ini dia pernah belajar apa yang kami ajar, walau bagaimanapun si abang juga nampak gigih untuk mengingati apa yang dia sudah belajar dulu.

Aku pernah bertanya kepada si abang adakah sebelum ini dia pernah belajar fardhu ain dan di mana dia dengan siapa dia belajar fardhu ain, kali terakhir dia belajar fardhu ain ketika 2017/18 dan yang mengajarnya pula adalah seorang ustaz yang mengajar di sekolahnya.

Semangat dan kegigihan diorang membawa aku turut gigih dalam mengajar mereka dan membantu mereka yang semampu aku dan aku yakin bahawa rakan seperjuangan aku juga merasakan hal yang sama setiap penduduk di Kg Muruk bagi aku setiap dari mereka membawa satu kisah yang unik dan menarik bagi di jadi pendoman buat pembaca dan kami semua moga dengan cerita yang tidak seberapa ini mampu memberi semangat kepada kita untuk terus belajar banyak lagi ilmu-ilmu yang belum kita temui.




Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH