Travelog: Sedap Mata Memandang
Alhamdulillah pada jam 11 pagi kami selamat tiba di Kampung Luanti. Kami disambut oleh beberapa orang ahli ABIM dengan mesra sekali. Kemudian kami memunggah barang barang kami ditempat yang sepatutnya. Kami rehat beberapa minit. Secara kebetulan tempat yang menetap ini adalah kawasan, kami dibenarkan untuk meronda kawasan sekitar.
Selepas meronda kawasan Kampung Luanti, kami dijemput ke majlis ulang tahun kelahiran Pengurus RPH (Rumah Putera Harapan) dan Pengurus ABIM Ranau di rumah beliau bersama orang orang kampung. Setelah tiba di perkarangan rumah beliau, beberapa ekor anjing menyalak dengan begitu kuat sekali dan membuat kan ahli kumpulan kami berasa agak gerun. Kami dihidangkan dengan banyak makanan. Setelah selesai makan, kami pulang ke Kampung Luanti dengan perut yang kenyang.
Selepas pulang ke Kampung Luanti kami melawat Spa Tagal Fish berdekatan dengan tempat yang kami menetap. Kami diketuai oleh wakil Kampung Luanti iaitu Encik Ibrahim Abdullah. Disebabkan beliau adalah wakil kampung, kami dapat memasuki Spa Tagal Fish secara percuma. Kami berasa amat bersyukur kerana kami dipertemukan dengan orang yang baik dan pemurah seperti beliau.
Setelah tiba di tempat penginapan kami dalam pukul 5 petang, kami membersihkan diri dan menyiapkan diri untuk solat Mahgrib berjemaah di surau. Selepas solat Maghrib kami membaca mathurat dan alquran derta mentadabur al-quran. Setelah itu kami solat isya' berjmaah. Ketika solat tiba tiba bekalan elektrik terputus. Kami masih meneruskan solat seperti biasa.
Perut masing masing mulai berkeroncong, kemudian sebulat suara nak membeli maggi walhal sudah masak nasi. Maggi itu akan dijadikan sebagai lauk. Kami masak bersama sama , makan bersama sama malah kemas pun bersama sama. Itulah yang dikatakan semangat berpasukan yang kita mahukan dari awal Misi hingga ke akhir nya
.
Yang Benar
-Aimi Nadhirah bt Norhisham
-9 Feb 2019
-Aimi Nadhirah bt Norhisham
-9 Feb 2019
Comments
Post a Comment