TRAVELOG - UMS
Rabu, 20/02/2019 : Kunjungan Hormat bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) 18/19, Syakur banyak bantu aku dari awal lagi sebelum kunjungan hormat ini dijalankan. Syakur atau nama sebenar Syakur bin Maming merupakan Timbalan Presiden MPP UMS 18/19
Untuk ke UMS, kami pergi dengan menaiki bas awam. Bas awam akan turunkan kami di luar gate UMS. Kami perlu berjalan kaki untuk masuk ke dalam UMS. Kunjungan Hormat ini di bangunan Anjung Siswa yang terletak di sebelah bangunan Dewan Canselor UMS. Taklah jauh sangat dari gate ke bangunan Anjung Siswa, ambil masa dalam 10 minit.
Setibanya kami di bangunan Anjung Siswa, kami disambut oleh Syakur sendiri. /Kami di bawa terus ke bilik mesyuarat. Di bilik mesyuarat kami disambut oleh beberapa MPP UMS 18/19. Setibanya kami, kami di jamu bihun goreng dan telur mata untuk sarapan. Sambil sarapan, bicara santai dimulakan dan sedikit perkongsian berkenaan projek Turun Ke Desa (TURDA) Sabah 6.0. Cadangan Projek susulan bersama UMS berkaitan projek kami diterima dengan baik. Pihak MPP UMS 18/19 akan usahakan untuk mempertimbangkan.
Selesai sahaja sarapan, kami dibawa untuk melawat sekitar UMS. Layanan yang diberi oleh pihak MPP UMS 18/19 sangat baik sepanjang lawatan yang dilakukan. Lawatan pertama kami di Library UMS, lawatan kedua di Muzium UMS dan lawatan yang ketiga di pantai UMS yang di panggil ODEC.
Perpisahan kami di buat di Library UMS, kebetulan juga di hadapan Library UMS sedang dijalankan Speaker Corner, penyampai adalah dari pelajar UMS sendiri. Kami hanya dapat dengar sekejap sahaja. Kebetulan kami sampai, Speaker Corner sudah pun berlangsung.
Selepas sahaja Speaker Corner dijalankan, Timbalan Presiden MPP UMS 18/19, Syakur ambil alih. Syakur berucap di depan dengan ucapan terima kasih yang diberikan kepada pihak kami, team TURDA Sabah 6.0 kerana memilih UMS sebagai tempat pilihan untuk melakukan Kunjungan Hormat. Pihak MPP UMS 18/19 sangat mengalu-alukan kehadiran kami pada masa akan datnag. Penyerahan cenderahati dari pihak team TURDA Sabah 6.0 kepada MPP UMS 18/19 dijalankan. Dengan penyerahan cendeahati tersebut maka berakhirlah sudah Kunjungan HOrmat ini.
Comments
Post a Comment