PUISI : Selamat Malam Pejuang


Pena ku ambil untuk ku sampaikan kata-kata ini.
Pejuang yang tak berhenti.
Melawan arus ombak merah.
Dengan percikan api.
Dan badan dengan penuh darah.

Kuatnya kau Pejuang.
Pedih luka kau rasa.
Dihina dicaci kau derita.
Demi mempertahankan hak manusia.

Kaulah Pejuang.
Tak pernah mengenal erti rehat.
Kerana rehat itu bila putus asa.
Rehat hakiki di Syurga nyata.
Selamat malam Pejuang.


Nukilan,
Nur Nadirah Binti Hamdan,
Rumah Putera Harapan (RPH),
8 Februari 2019.

Comments

Popular posts from this blog

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH

Puisi: Termenung