Puisi : Pesan Kawan

Kawan,
Dunia ini hanya sementara,
Rugilah kita tidak berjasa,
Janganlah membuang masa,
Menjadi manusia yang tiada guna,
Sampai bila ingin melihat sahaja,

Kawan,
Marilah kita melihat dunia,
Untuk pergi terus meneroka,
Bukan untuk mencuci mata,
Siapa tahu ada yang memerlukan kita,
Menjadi harapan untuk bantu mereka,

Kawan,
Janganlah dikau mensiakan waktu muda,
Menjadi pegangan remaja ingin mencuba,
Carilah peluang dengan sebaiknya,
Bukan mengejar keseronokan dunia,
Kerana jihad itu milik sesiapa sahaja.



Nazifah Binti Nazri
8 Februari 2019
12:22 a.m
Kg. Luanti

Comments

Popular posts from this blog

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH

Puisi: Termenung