Puisi : Pemuda

Wahai pemuda,
Jauh lagi perjuangan kita,
Jangan berbangga dengan apa yang ada,
Jangan di biar masa pergi begitu sahaja,
Jangan puas apa yang dilakukan kita,
Janganlah dikau buat-buat buta,

Wahai pemuda,
Jangan pernah mengalah,
Teruskan maju melangkah,
Demi mengejar redha Allah,
Tiada yang mustahil untuk berjaya,
Semoga hidup lebih barakah,

Wahai pemuda,
Jadilah insan yang membina,
Membela nusa dan bangsa,
Pupuskan penindasan yang ada,
Supaya semua nasib terbela,
Agar manusia hidup aman dan sejahtera.


Nazifah Binti Nazri
10 Februari 2019
10:51p.m
Pusat Abim Ranau


Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH