PUISI : KEBAHAGIAN ITU INDAH

Senyumlah..
andainya senyummu itu,
bisa menempis kedukaan,
kerana kau akan lebih derita,
melihatkan wajahmu sengsara.

Ketawalah..
andainya tawa itu,
mampu meghalau kecewa,
kerana titisan luka pasti mengalir,
tanpa hati yang mengepam gembira.

Carilah bahagia,
biarpun sampai kehujung nyawa,
kerana itulah pengubat segala nestapa.

Andainya jasadmu kian longlai,
bertongkatkanlah dengan ucapan,
tasbih Ilahi dengan penuh harapan,
karna nyawamu takkan berkekalan.

NURFARHANA NAJWA YUSRI l PUSAT ABIM l 
13/02/ 2019 l 23.30 pm

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH