Puisi : Jihad
Jihad
Sesiapa juga ingin melakukannya,
Sesiapa juga boleh mendapatkannya,
Sesiapa juga mahukan kelebihannya,
Sesiapa juga mempunyai hak atas dirinya,
Kerana ia bukan milik siapa-siapa,
Jihad,
Namun tiada siapa yang mampu,
Namun tidak semua yang sedar itu,
Namun tidak semua dapat peluang itu,
Kadangkala jihad tidak dirasakan perlu,
Kerana ramai yang tidak tahu,
Jihad,
Yang teringin belum tentu terpilih,
Yang mampu belum tentu memilih,
Yang memerlukan ada yang terus tersisih,
Selalu mengharapkan ehsan dan kasih,
Sentiasa berusaha hidup dengan gigih,
Sesiapa juga ingin melakukannya,
Sesiapa juga boleh mendapatkannya,
Sesiapa juga mahukan kelebihannya,
Sesiapa juga mempunyai hak atas dirinya,
Kerana ia bukan milik siapa-siapa,
Jihad,
Namun tiada siapa yang mampu,
Namun tidak semua yang sedar itu,
Namun tidak semua dapat peluang itu,
Kadangkala jihad tidak dirasakan perlu,
Kerana ramai yang tidak tahu,
Jihad,
Yang teringin belum tentu terpilih,
Yang mampu belum tentu memilih,
Yang memerlukan ada yang terus tersisih,
Selalu mengharapkan ehsan dan kasih,
Sentiasa berusaha hidup dengan gigih,
Nazifah Nazri
12 Feb 2019
Pusat ABIM, Ranau
Comments
Post a Comment