Puisi : Fikiran

Perginya aku dengan kenangan,
Ku harap menjadi ingatan,
Bukan ku inginkan penghargaan,
Bukan juga meminta balasan,
Orang tidak melihat kebaikan,
Malah dikesan keburukan,
Aku tidak mengejar keduniaan,
Hanya mengisi hati sedang kekosongan,
Impianku bukanlah khayalan,
Tapi berharap menjadi kenyataan,
Bukan menginginkan pujian,
Di setiap yang aku lakukan,
Bukan mudah buat pengorbanan,
Untuk beri pada yang memerlukan,
Ku selalu hulurkan tangan,
kerana berasa perlukan perkongsian,
Inilah yang ada di benak fikiran.




Nazifah Binti Nazri
20 Februari 2019
2:38p.m
Perpustakaan UMS

Comments

Popular posts from this blog

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH

Puisi: Termenung