Puisi : Bakal Pergi

Mentari pagi yang menyinari hari,
Siang berlabuh malam kembali,
Cerah sungguh hari dini,
burung terbang sana sini,
Jelas sungguh hari ini cerah lagi,
Nyalakan anjing ancaman diri,
Jasad ini sentiasa berhati-hati,
Ku utuhkan semangat dalam diri,
Demi anak-anak yang ku cintai,
Mereka menanti setiap hari,
Untuk mengejar ilmu yang diberi,
Tiada benteng diantara kami,
Segala rahsia kami berkongsi,
Senda dan gurau menjadi memori,
Tidak tahu bagaimana hendak mengakhiri,
Sungguh berat hati ini,
Tidak boleh melengahkan lagi,
Kerana suatu masa nanti,
Aku tetap bakal pergi.





Nazifah Binti Nazri
18 Februari 2019
11:30a.m
Perpustakaan UMS

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH