Nenek dan 2 budak nakal
Nenek dan 2 budak nakal
11/2/2019
Jujur aku gugup untuk mengajar untuk kali pertama tambahan pula aku akan mengajar di tempat orang dan jauh di pedalam, tambahan pula pengalaman aku untuk mengajar tidaklah banyak untuk aku perlu belajar dari sini dan menambah pengalaman untuk masa akan datang.
Dan bermula sebuah cerita baru dalam hidup aku dalam menempuhi hari-hari yang mencabar mental dan fizikal untuk mengajar penduduk Kg, aku dan rakan-rakan akan mengajar 2 buah kg dan kami akan dibahagikan kepada 2 kumpulan oleh kerana kedua-dua kg ingin mengadakan pada masa yang sama, Kg Muruk mempunyai 4 orang dan Kg Sedul pula 5 orang.
Aku dan lain-lain akan bertolak pada jam 3 petang dan untuk kumpulan Kg Sedul akan bertolak pada pukul 315 petang, selepas aku dan lain-lain di beritahu oleh abang syapit akan bertolak pada jam-jam tersebut.
Tibanya pada pukul 3 petang aku bergerak ke Kg Muruk dan aku merasa debaran kerana aku akan mengajar orang selain yang membuatkan aku betul berdebar ialah aku akan mengajar orang dewasa kg tersebut kerana ini adalah pengalam yang pertama aku akan mengajar orang yang lebih tua dari aku.
Perasan gugup ini datang makin mengila apabila sampainya tempat yang di tuju iaitu surau Kg Muruk dan sampainya aku di sana tiada orang yang datang menunggu aku dan yang lain-lain di kg itu, selepas itu aku dan lain-lain menunggu untuk beberapa minit untuk menunggu orang kg.
Masuknya waktu asar dan aku pun melaungkan azan asar sejurus itu dalam beberapa minit beberapa penduduk kg pun sampai dan solat berjemaah bersama kami, dalam beberapa orang penduduk kg tersebut datangnya seorang nenek dan seorang budak lelaki, mereka adalah yang terawal sampai di surau tersebut.
Selepas solat asar berjemaah kami pun memulakan sesi membelajaran dan kami membahagi-bahagikan siapa yang mengajar 2 budak lelaki dalam umurnya 4-6 tahun dan 2 budak lelaki dalam usia 10-12 tahun, seorang budak perempuan yang sesusia budak 2 lelaki dan seorang nenek.
Selepas membahagi-bahagikan tugas tersebut, aku mengajar 2 budak lelaki yang berusia 4-6 tahun itu dan 2 daripada kami mengajar 2 orang yang lain dapat 1 orang anak murid.
Seterusnya tibanya sesi pelajaran maka aku pun memulakan kelas mengajar fardhu ain kepada 2 budak kecil itu, sebelum itu biar aku memperkenalkan nama mereka budak lelaki yang bersama nenek tersebut ialah Rio dan manakala yang seorang lagi bernama Nazril mereka berdua berkawan baik kerana aku melihat mereka sangat rapat.
Pada awal sesi membelajaran agak tenang tiada yang berlari mahupun berborak kelihatan mereka bersungguh-sungguh dan sangat fokus ketika belajar, masuk sahaja 30 minit pertama si Rio bangun dan meminta kebenaran untuk tandas selepas si Rio kembali dia mula mengacau si Nazril yang sedang fokus belajar fardhu ain.
Dan dari situ mereka mula berdua mula tidak fokus dan bermain-main dengan mereka ketika sesi membelajaran berlangsung maka aku pun mula menegur mereka dengan tenang maksud aku baik-baik Nazril Rio mari sini belajar cepat nanti petang kita main, untuk seketika mereka kembali dengan belajar.
Tidak sampai 10 minit mereka bermain sekali lagi akan tetapi kali ini punca si Nazril pula yang mengacau si Rio yang sedang belajar fardhu ain dan mereka pun bermaim semula, apa yang menarik iailah si nenek Rio menegur Rio untuk tetap fokus dalam belajar tetapi si Rio tidak mendengar teguran neneknya.
Si Rio kelihatan lebih nakal berbanding Si Nazril masih boleh dikawal lagi, si Rio juga lebih lasak bermain dan berlari-lari di surau sehingga bising dengan suara mereka berdua sekaligus membawa yang lain hilang fokus untuk belajar.
Akhir sekali aku membuat keputusan untuk membawa mereka bermain untuk tidak menggangu yang lain sedang belajar.
Sampai disitu sahaja aku bercerita tentang nenek dan 2 budak nakal.
Muhammad Muizzuddin Asyraf Bin Nasarudin
ABIM

Comments
Post a Comment