Mari Kita Membeli

Mari kita membeli

Saya dan rakan-rakan seperjuangan ingin pergi mencari barang-barang keperluan serta barang-barang yang akan digunakan untuk misi kami, pada ketika itu kami berada dirumah salah seorang rakan seperjuangan kami yang bernama mimiey, keluarga mengajak kami singgah sebentar dirumahnya untuk makan tengah hari usai kami makan tengah hari kami pergi mencari barang-barang yang kami perlukan.

Sebelum kami mencari barang-barang keperluan, emak kepada rakan seperjuangan kami ingin membantu kami mencari barang keperluan kami, emak rakan seperjuangan kami juga memcadangkan kedai-kedai yang murah dan mudah untuk kami persiapkan barang-barang keperluan kami. Selepas kami sampai tempat yang telah dicadangkan oleh emak rakan seperjuangan kami, bagi memudahkan dan menjimatkan masa kami mencari barang keperluan kami membahagi tugas-tugas mencari barang keperluan tersebut ada yang mencari barang untuk keperluan kami  seperti alatan mandi dan sebagainya ada juga mencari barangan makanan, ada yang mencari barangan modul yang kami akan ajar nanti seperti modul sains bahasa Inggeris dan pendidikan islam.

Seterusnya, saya pula ditugas untuk mencari barangan modul bersama dengan hassan,  semasa kami mencari barang keperluan kami mengahapi beberapa masalah seperti straw terlalu besar dan terlalu banyak, benang yang tiada dijual di tempat kami pergi itu. Kami membuat keputusan untuk mencari di kawasan sekitar itu dan akhirnya kami menjumpai barang yang kami  cari itu, setelah kami menjumpai barang yang kami cari kami memutuskan untuk menyambung semula untuk mencari barang yang kami perlukan.

Usai kami menyelesaikan barang keperluan kami meneruskan dengan membantu rakan-rakan kami yang lain, saya membantu mencari barang makanan yang kami perlu nanti, barang yang kami belum jumpa pada ketika itu iaitu gula-gula, straw juga menjadi masalah yang sebelum itu lalu saya memberi tahu mereka yang saya jumpa di kedai yang saya jumpa tadi dan saya dan rakan-rakan saya pun memutuskan untuk pergi mencari barang yang masih belum itu, dan secara kebetulan juga kami menjumpai gula-gula yang kami perlu serta straw yang perlukan.

Selepas kami menjumpai semua barang yang kami perlukan saya dan rakan-rakan seperjuangan pun pergi membuat membayaran di kaunter membayaran agar kami boleh meneruskan agenda yang seterusnya sebelum ke agenda yang seterusnya saya dan hassan ingin solat jumaat dahulu maka kami pun berbincang bersama dengan pemandu van kami serta mak mimiey juga menyertai kami di mana saya dan hassan akan solat jumaat lalu emak mimiey mencadangkan untuk solat di rumah mimiey mempunyai surau jumaat sampai disitu sahaja yang saya mampu untuk memceritakan serba sedikit tentang yang kami alami tadi dan saya dan rakan-rakan ingin berterima kasih kepada keluarga mimiey kerana banyak membantu kami pada hari ini.

MUS SI PENCARI BARANG

Muhamad Muizzuddin Asyraf bin Nasarudin l 08/02/19 l RPH Ranau

Comments

Popular posts from this blog

Puisi: Ilmu Penyuluh Kehidupan..

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH