TRAVELOG: MENGAJAR DAN PENGAJARAN MENGAJAR



Kisah ini bermula pada pukul 2.30 petang 11 Februari 2019. Kami bersiap untuk pergi ke Kampung Sedul untuk mengajar. Kami pergi seramai 5 orang ahli untuk mengajar di sana. Kami mula bergerak dari tempat penginapan lebih kurang pukul 3.30 petang kerana pada pukul 4.00 petang kami akan mula mengajar di sana. Kami dihantar ke kampung itu menaiki 4x4 kerana kami akan menyeberangi sungai dalam perjalan nanti. Kami dibawa oleh 2 orang wakil ABIM untuk masuk ke sana. Perjalanan masuk ke dalam kampung itu kira-kira mengambil dalam dalam 15 minit.

Sampai sahaja di Kampung Sedul, kami berasa amat dihargai kerana nampak dua orang budak lelaki mengejar kenderaan kami. Dua orang budak lelaki itu dikenali sebagai Syafiq dan Fahmi. Mereka adalah penduduk tetap di kampung itu. Kami mengajar di surau kampung itu.

Sampai saja di surau itu kami buat persiapan bahan-bahan modul, untuk mengajar penduduk di kampung itu. Selepas beberapa minit kemudian penduduk kampung mula datang. Tetapi ramai diantaranya adalah kanak-kanak. Kanak-kanak itu berumur diantara 5 tahun ke 9 tahun.

Banyak juga yang kami dapat mengajar mereka, tetapi kami lebih fokuskan kepada Fardhu Ain. Contoh Fardhu Ain yang kami ajar ialah Rukun Islam, Rukun Iman, langkah-langkah Berwudhuk, membaca Al-Fatihah. Dalam masa yang sama juga kami melakukan solat berjemaah. Alhamdulillah semua yang kami ajar di terima baik oleh mereka. Saya juga berasa amat gembira kerana semangat mereka ingin belajar itu kuat. Bukan semua orang mempunyai semangat untuk belajar dalam bidang agama ini.

Aktiviti kami tamat selepas Solat Isyak berjemaah. Habis saja itu, kami tunggu pihak ABIM untuk mengambil kami pulang ke tempat penginapan.


-Muhammad Hassan Hazim Bin Mohd Nazmi-
-11 Februari 2019-
-11:58 p.m.-
-ABIM, Ranau, Sabah-

Comments

Popular posts from this blog

TRAVELOG : REZEKI

PERMULAAN LANGKAH

Puisi: Termenung